Kesan Kepemimpinan Etika Terhadap Komitmen Afektif Dan Penglibatan Kerja Serta Peranan Tanggapan Sokongan Organisasi Sebagai Mediator

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan kepemimpinan etika ketua jabatan terhadap komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah serta mengenal pasti peranan tanggapan sokongan organisasi (TSO) dalam hubungan antara variabel tersebut. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti tahap dan hub...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Hussin, Tengku Ahmad Badrul Shah Raja
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2010
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.usm.my/43090/1/Tengku_Ahmad_Badrul_Shah_B._Raja_Hussin24.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan kepemimpinan etika ketua jabatan terhadap komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah serta mengenal pasti peranan tanggapan sokongan organisasi (TSO) dalam hubungan antara variabel tersebut. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan antara variabel yang dikaji. Data bagi kajian keratan rentas ini dikutip daripada 306 orang pensyarah dari lima buah politeknik Malaysia berdasarkan pecahan zon secara geografi dan menggunakan kaedah persampelan multi-stage. Data diperoleh melalui soal selidik dwibahasa yang terbahagi kepada lima bahagian, iaitu demografi responden, kepemimpinan etika, TSO, komitmen afektif dan penglibatan kerja. Data yang dikutip dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0, manakala perisian AMOS 7.0 digunakan bagi membina serta mengesahkan model-model pengukuran. Kaedah structural equation modeling (SEM) pula diaplikasikan dalam membina model-model struktur bagi tujuan menguji peranan TSO sebagai mediator antara kepemimpinan etika dengan komitmen afektif dan penglibatan kerja pensyarah.