Broadband Dual-Segment Rectangular Dielectric Resonator Antenna For 5.8 Ghz Applications

Antena Penyalun Dielektrik (APD) jalur lebar adalah satu antenna yang boleh memancar dan menerima signal elektromagnetik dalam julat frekuensi yang lebar untuk telekomunikasi berkapasiti tinggi. Bahan-bahan dielektrik dengan ketelusan dan faktor kualiti yang rendah boleh menyimpan kurang tenaga elek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ullah, Ubaid
Format: Thesis
Language:English
Published: 2012
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/43837/1/Ubaid%20Ullah24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Antena Penyalun Dielektrik (APD) jalur lebar adalah satu antenna yang boleh memancar dan menerima signal elektromagnetik dalam julat frekuensi yang lebar untuk telekomunikasi berkapasiti tinggi. Bahan-bahan dielektrik dengan ketelusan dan faktor kualiti yang rendah boleh menyimpan kurang tenaga elektromagnetik dan seterusnya mengalami gandingan lemah daripada sumber teruja. Sebaliknya bahan-bahan dengan ketelusan tinggi mempunyai fakfor kualiti dan medan elektrik dan magnetik tinggi boleh terhasil dalam penyalun, seterusnya boleh beroperasi dalam lebar jalur sempit dengan gandingan yang kuat. Untuk APD yang mempunyai gandingan elektromagnetik kuat dimana boleh beroperasi dalam julat frekuensi yang lebar, dua bahan ketelusan yang berbeza digunakan untuk merekabentuk antenna. Bahan dielektrik berbentuk segiempat tepat digunakan untuk kedua-dua segmen APD kerana mod kemerosotan boleh dikawal dengan memilih nisbah aspek yang sesuai dalam penyalun. Untuk segmen atas penyalun lapis dielektrik gelombang mikro Roger RT 6010 dari Roger Cooperation digunakan sebagai penyalun utama. Untuk segmen bawah yang bertindak sebagai pengubah galangan, diantara segmen atas dan talian suapan, dua bahan dielektrik yang berbeza iaitu Barium Zinc Tantalum (BZT) dan Calcium Copper Titanate (CCTO) dibina. Untuk antena unsur tunggal dan antena dua unsur teratur BZT digunakan sebagai pengubah manakala untuk empat unsur dan lapan unsur antena teratur CCTO digunakan bagi mengawal gandingan sepunya diantara penyalun terdekat.