Analisis Liberalisme Agama Di Malaysia Menurut Perspektif Akidah Islam

Tesis ini mengkaji liberalisme agama di Malaysia daripada sudut akidah Islam untuk melihat kedudukan liberalisme serta memberi penjelasan Islam kepada masyarakat. Kajian yang berdasarkan kualitatif ini mendapat data menerusi dokumen dan temu bual dengan pihak yang mendokong liberalisme agama kemu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Duereh, Muhammadidris
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/43844/1/Muhammadidris%20Duereh24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini mengkaji liberalisme agama di Malaysia daripada sudut akidah Islam untuk melihat kedudukan liberalisme serta memberi penjelasan Islam kepada masyarakat. Kajian yang berdasarkan kualitatif ini mendapat data menerusi dokumen dan temu bual dengan pihak yang mendokong liberalisme agama kemudian data diolah dan disusun berdasarkan metode deskriptif dan metode sejarah. Fokus utama kajian adalah kepada isu berkaitan dengan akidah. Hasil kajian mendapati bahawa fahaman liberal agama bertapak di negara ini dan bergerak menerusi seruan kepada pembaharuan dalam agama dengan dimulakan dengan pentafsiran baru terhadap teks agama. Liberalisme agama mengalami penyelewengan yang berlainan tahap; ada yang sungguh bahaya dan ada pula yang kurang bahaya. Penyelewengan yang sungguh bahaya itu ialah penolakan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah. Hasil kajian juga mendapati agama Islam mempunyai identiti yang tetap; bukan segala-galanya dalam Islam berubah menurut zaman. Islam berperanan sebagai guru, maka masyarakat tunduk kepada Islam bukan sebaliknya. Setiap bidang ada ahlinya, maka pembaharuan dalam agama Islam juga ditangani oleh ahlinya.