Teknologi Peleburan Besi Di Tapak Sb2c, Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah: Abad Ke-8 Hingga Ke-11 Masihi

Pada tahun 2009, ekskavasi arkeologi di Sungai Batu, Kedah telah dijalankan di tapak SB2C untuk mengetahui teknologi peleburan besi di tapak SB2C berdasarkan jumpaan artifak. Kajian dijalankan dengan secara ilmiah dan sistematik. Objektif kajian mengenai peleburan besi di SB2C adalah untuk mengetahu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Molinka, Nordianah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/43875/1/Nordianah%20Binti%20Molinka24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada tahun 2009, ekskavasi arkeologi di Sungai Batu, Kedah telah dijalankan di tapak SB2C untuk mengetahui teknologi peleburan besi di tapak SB2C berdasarkan jumpaan artifak. Kajian dijalankan dengan secara ilmiah dan sistematik. Objektif kajian mengenai peleburan besi di SB2C adalah untuk mengetahui fungsi tapak, mengetahui cara dan pola masyarakat Lembah Bujang meleburkan besi dan mendapatkan data pentrarikhan secara kronometrik. Kajian perbandingan tapak SB2C dengan tapak peleburan besi di Asia Tenggara turut dijalankan bagi menjawab persoalan fungsi, jumpaan dan pentarikhan. Keputusan analisis artifak dan interpretasi ke atas data arkeologi yang diperoleh dari SB2C menunjukkan bahawa tapak ini telah digunakan sebagai tapak peleburan besi. Berdasarkan kepada pentarikhan radiokarbon dan stratigrafi, tapak ini telah digunakan secara intensif pada abad ke-8 hingga abad ke-11 Masihi. Hasil analisis artifak menggunakan kaedah pendarflor sinar-x (XRF), pembelauan sinar-x (XRD), mikroskop pengimbas elektron (SEM) menunjukkan peleburan besi dijalankan dengan menggunakan proses peleburan secara langsung (direct process), dengan suhu peleburan di antara 600°C – 1,200°C. Analisis turut menunjukkan tiada perubahan yang ketara pada teknik peleburan besi dari abad ke-8 hingga ke abad ke-11 Masihi.Kajian mendapati peleburan besi di SB2C mendapatkan sumber dari Kg. Batu Besi, Bukit Tupah dan UiTM Merbok. Secara keseluruhannya, kajian saintifik di tapak SB2C telah menyumbang informasi yang penting tentang pentarikhan, fungsi tapak dan kajian secara saintifik di tapak arkeologi Lembah Bujang.