Penglibatan Komuniti Dalam Pengawalan Denggi Di Tanah Tinggi Kota Binjai, Sumatera Utara, Indonesia

Kajian ini berkaitan dengan penglibatan komuniti dalam pengawalan denggi di Tanah Tinggi Kota Binjai, Sumatera Utara, Indonesia. Masalah denggi merupakan satu masalah kesihatan yang membimbangkan di Kota Binjai. Usaha pengawalan secara berleluasa telah banyak dilakukan oleh jabatan kesihatan, tet...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurmaini, Nurmaini
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/43903/1/Nurmaini24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini berkaitan dengan penglibatan komuniti dalam pengawalan denggi di Tanah Tinggi Kota Binjai, Sumatera Utara, Indonesia. Masalah denggi merupakan satu masalah kesihatan yang membimbangkan di Kota Binjai. Usaha pengawalan secara berleluasa telah banyak dilakukan oleh jabatan kesihatan, tetapi setiap tahun kes denggi dalam kalangan masyarakat semakin meningkat. Kajian ini memfokus kepada beberapa persoalan utama yang meliputi sejauhmana pengetahuan, persepsi dan amalan (kader, tokoh masyarakat, dan komuniti) mengenai penyakit denggi; memahami permasalahan sosial berkaitan dengan denggi; meninjau strategi-strategi dalam penyelidikan bagi pengawalan denggi; serta mendapatkan cadangan yang boleh dikongsikan untuk mengawal denggi dalam komuniti. Kajian kualitatitif ini telah melibatkan 25 informan, dan data telah diperolehi melalui temubual mendalam, pemerhatian dan perbincangan kumpulan fokus. Penemuan kajian telah mendapati bahawa hampir kesemua responden mempunyai pengetahuan dan persepsi yang agak baik mengenai penyakit denggi. Walau bagaimanapun, amalan pembanterasan jentik-jentik dan nyamuk dewasa masih di tahap yang rendah kerana masih terdapat banyak pembiakan jentik-jentik di tempat-tempat yang ditinjau. Antara permasalahan yang menyumbang kepada pembiakan jentik-jentik ini adalah disebabkan oleh kepadatan penduduk, kekurangan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pembanterasan denggi serta mobiliti penduduk yang tinggi. Malah kesemua permasalahan ini boleh menyumbang kepada peningkatan penyakit denggi.