Diet Prasejarah Masyarakat Pada Zaman Akhir Pleistosen Akhir Hingga Holosen Di Sarawak Dan Sabah Dari Perspektif Arkeozoologi

Penyelidikan ini memfokuskan kepada sisa fauna vertebrata dari lapisan kebudayaan akhir Pleistosen Akhir hingga Holosen iaitu merangkumi sampel berusia 32,600±210 BP hingga 2,000 BP di Sarawak dan Sabah. Sampel arkeozoologi yang dianalisis adalah dari hasil ekskavasi terbaru (Gua Kain Hitam B, Bu...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Bujeng, Velat
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2013
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.usm.my/44012/1/Velat%20Anak%20Bujeng24.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Penyelidikan ini memfokuskan kepada sisa fauna vertebrata dari lapisan kebudayaan akhir Pleistosen Akhir hingga Holosen iaitu merangkumi sampel berusia 32,600±210 BP hingga 2,000 BP di Sarawak dan Sabah. Sampel arkeozoologi yang dianalisis adalah dari hasil ekskavasi terbaru (Gua Kain Hitam B, Bukit Tengkorak, Bukit Kamiri dan Melanta Tutup) dan ekskavasi terdahulu (Lobang Angus, Gua Sireh, Agop Atas, Agop Sarapad, Hagop Bilo dan Pulau Balambangan) dari tapak di Sarawak dan Sabah. Tujuan kajian ialah untuk menyelesaikan isu, masalah dan persoalan-persoalan yang mencakupi a) spesies fauna vertebrata dan diet prasejarah, b) aktiviti subsisten dan adaptasi, c) strategi dan amalan memburu dan d) modifikasi sisa fauna. Metod yang diaplikasi melibatkan kerja lapangan (persampelan, konservasi dan analisis lapangan), analisis makmal (konservasi, anatomi, taksonomi dan tafonomi) dan analisis statistik (TNF, NISP dan MNI). Data-data tersebut digabungkan untuk membentuk interpretasi mengenai diet prasejarah dari perspektif arkeozoologi. Hasil analisis anatomi dan taksonomi menunjukkan pelbagai spesies haiwan dikenalpasti wujud dan telah dieksploitasi sebagai sumber diet pada zaman akhir Pleistosen Akhir hingga Holosen. Contohnya, primat (Orang-Utan Pongo pygmaeus), roden (landak Hystrix brachyura), karnivor (musang Paradoxurus sp.), Pholidota (tenggiling Manis javanica), Perissodactyla (badak Rhinoceros sondaicus), Artiodactyla (rusa Cervus sp.), unggas (ayam hutan Gallus sp. dan helang Spizeatus sp.), reptilia (Geoemydidae, Trionychidae dan Cheloniidae) dan ikan air tawar serta ikan marin.