Prevalen komplikasi berkaitan penggunaan kateter intravena periferi dalam kalangan pesakit di wad perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia

Pengenalan: Peningkatan penggunaan kateter intravena periferi dan kateter vena pusat kebelakangan ini dapat menyelamatkan nyawa dan mengurangkan penderitaan pesakit. Namun disebaliknya, penggunaan kateter ini boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti risiko infeksi, emboli dan nekrosis tisu....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adnan, Haslinda
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/44206/1/LI...Haslinda%20Binti%20Adnan...2004-24%20pages.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengenalan: Peningkatan penggunaan kateter intravena periferi dan kateter vena pusat kebelakangan ini dapat menyelamatkan nyawa dan mengurangkan penderitaan pesakit. Namun disebaliknya, penggunaan kateter ini boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti risiko infeksi, emboli dan nekrosis tisu. Beberapa kajian telah mengenalpasti faktor risiko menyebabkan komplikasi berkaitan penggunaan kateter intravena periferi ini. Objektif: Kajian yang dilakukan adalah untuk menentukan kadar komplikasi berkaitan penggunaan kateter, mengenalpasti tempoh in situ kateter sebelum mendapat komplikasi dan mengenalpasti faktor risiko komplikasi berkaitan penggunaan kateter intravena periferi di wad perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia. Metodologi: Kajian jenis prospektif dan pemerhatian telah dijalankan di wad perubatan 7 Selatan, 7 Utara dan 8 Selatan, HUSM. Sebanyak 200 kateter intravena periferi daripada 164 klien yang dihospitalisasikan di wad perubatan dan dimasukkan kateter intravena periferi selama 24 jam dan lebih telah dipilih. Pemilihan adalah secara convenience. Pesakit HIV/AIDS, kanser, SLE, leukemia dan thalasemia major merupakan kriteria eksklusi. Pemerhatian tempat tusukan telah dilakukan setiap 24 jam dengan menggunakan borang seal selidik dan senarai semakan. Keputusan: Pemerhatian telah dilakukan terhadap 200 kateter intravena periferi daripada 164 klien. Lapan puluh dua (82) sampel (41%) mendapat komplikasi. Majoriti mendapat skor 0 (tidak mempunyai sebarang tanda komplikasi) iaitu sebanyak 118 sampel (59%), 77 sampel (38.5%) mendapat skor 2 dan 5 sampel (2.5%) mendapat skor 1 (mempunyai komplikasi). Durasi tusukan intravena selepas 72 jam tidak mempunyai perkaitan yang jelas dengan komplikasi berkaitan penggunaan kateter intravena periferi dengan nilai p melebihi 0.05. Faktor penggunaan antibiotik dan penggunaan heparin saline sebagai bahan flushing mempunyai perkaitan yang signifikan dengan nilai p= 0.001 dan p= 0.023. Faktor lain seperti umur, jantina, tempat, saiz dan diagnosis tidak mempunyai perkaitan yang signifikan. Kesimpulan: Kajian menunjukkan kadar komplikasi berkaitan penggunaan kateter intravena periferi di wad perubatan HUSM adalah tinggi (41%). Kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk mengenalpasti punca komplikasi ini. Perkaitan kejadian komplikasi dan durasi tidak dapat dibuktikan, namun faktor penggunaan antibiotik dan heparin saline mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kejadian komplikasi.