Pengetahuan paramedik mengenai teknik triage di Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM), Kelantan

Latarbelakang : Unit Kecemasan merupakan fasiliti atau kemudahan perkhidmatan yang sibuk dengan pesakit yang beratur panjang dan tempoh masa menunggu yang lama dengan penyakit atau sakit yang major ataupun minor. Oleh itu, sistem triage diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah terlalu ramai oran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lechemanan .N, Kasthuri
Format: Thesis
Language:English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/44371/1/PTA...Kasthuri%20Lechemanan.%20N...2003...-24%20pages.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Latarbelakang : Unit Kecemasan merupakan fasiliti atau kemudahan perkhidmatan yang sibuk dengan pesakit yang beratur panjang dan tempoh masa menunggu yang lama dengan penyakit atau sakit yang major ataupun minor. Oleh itu, sistem triage diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah terlalu ramai orang dan juga memberi rawatan segera kepada mereka mengikut prioriti serta dalam tempoh masa yang singkat (kes atau keadaan yang dialami oleh pesakit). Kajian telah menunjukkan bahawa seseorang pengawai triage perlu berpengetahuan dan berkebolehan serta mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengendalikan teknik triage yang berkesan di Unit Kecemasan. (Hay eta/. 2001; Anonymous 2002; Ng eta/. 2002) Tujuan: Kajian ini bertujuan untuk menilai pengetahuan paramedik mengenai teknik triage di Unit kecemasan. Pengetahuan panting bagi setiap prosedur atau proses yang dilakukan terutama di kawasan kecemasan. Desain : Jenis kajian yang digunakan adalah deskriptif dan penilaian. Subjek : Sebanyak 30 subjek iaitu paramedik (jururawat sebanyak 24 dan pembantu perubatan sebanyak 6) dari Unit Kecemasan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah dijadikan sebagai sampel dalam kajian ini. Kaedah : Borang soalselidik yang mengandungi 16 soalan dengan pilihan jawapan telah digunakan sebagai kaedah penilaian dalam kajian ini. Keputusan : Daripada kajian yang telah dijalankan, secara keseluruhan didapati jumlah paratus jawapan betul yang dapat dijawab oleh staf adalah sebanyak 49.5% manakala peratus yang diperolehi bagi jawapan yang salah adalah 50.5% yang telah melebihi jawapan betul. Dapat disimpulkan bahawa staf masih kekurangan