Konsep Dan Pengurusan Wakaf Pendidikan Di Sekolah Agama Rakyat (Sar) Di Seberang Perai Tengah Pulau Pinang

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui konsep dan pengurusan wakaf pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pulau Pinang, khususnya di Daerah Seberang Perai Tengah. Ini kerana SAR yang pertama di bina dengan pembiayaan wakaf di Pulau Pinang adalah di Daerah Seberang Perai Tengah dan sekolah terse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Amerudin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/45052/1/Amerudin%20Bin%20Ismail24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengetahui konsep dan pengurusan wakaf pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Pulau Pinang, khususnya di Daerah Seberang Perai Tengah. Ini kerana SAR yang pertama di bina dengan pembiayaan wakaf di Pulau Pinang adalah di Daerah Seberang Perai Tengah dan sekolah tersebut masih wujud dan beroperasi sehingga sekarang. Kajian dilakukan bagi melihat konsep dan pengurusan wakaf pendidikan di dalam Islam dengan melihat kepada amalan sedia ada wakaf pendidikan di Tanah Melayu dan Wakaf Pendidikan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Seberang Perai Tengah Pulau Pinang. Kajian juga dilakukan dengan melihat amalan wakaf pendidikan yang lebih baik dan berpotensi dengan melihat punca kemerosotan amalan wakaf pendidikan dan cara meningkatkannya. Metode kajian yang dilakukan adalah secara kajian kepustakaan, soalselidik dan temubual terhadap responden yang telah dikenal pasti. Hasil kajian menunjukkan amalan berwakaf kepada sekolah-sekolah agama rakyat semakin berkurangan berbanding di awal masa penubuhan sekolah-sekolah tersebut. Malah institusi pendidikan yang dibina atas dasar wakaf ini telah dihambat dengan pelbagai masalah seperti pengurusan, kewangan, sikap masyarakat, kemudahan insfrastruktur serta pelbagai masalah lain lagi.