Sistem Pemilikan Tanah Dan Kesan Terhadap Pemilikan Tanah Orang Melayu Di Kedah 1660 Hingga 1941

Kajian ini tertumpu kepada sistem pemilikan tanah di Kedah pada zaman pemerintahan tradisional Kedah sehinggalah kehadiran pihak British yang membawa perubahan kepada sistem pemilikan tanah di Kedah. Tempoh kajian ini adalah antara tahun 1660 hingga 1941 dan berlatarbelakangkan sistem pemilika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mahmuddin, Azahari
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/45061/1/Azahari%20Bin%20Mahmuddin24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini tertumpu kepada sistem pemilikan tanah di Kedah pada zaman pemerintahan tradisional Kedah sehinggalah kehadiran pihak British yang membawa perubahan kepada sistem pemilikan tanah di Kedah. Tempoh kajian ini adalah antara tahun 1660 hingga 1941 dan berlatarbelakangkan sistem pemilikan tanah yang berteraskan hak mengusahakan tanah semasa pemerintahan tradisional kepada hak milik tanah yang sah diperkenalkan oleh pihak British. Walaupun wujud sistem pemilikan tanah namun kebanyakan daripada petani masih tidak memiliki surat hak pemilikan tanah yang boleh menunjukkan mereka adalah pemilik tanah yang sah. Orang-orang Melayu ketika itu lebih selesa memohon mengusahakan tanah sahaja kerana hak pemilikan tanah belum menjamin pemilikan tanah berterusan. Kehadiran pihak British di Kedah pada tahun 1909 telah membawa perubahan dalam sistem pemilikan tanah tradisional di Kedah. Sistem Torrens yang diperkenalkan oleh pihak British telah menetapkan bahawa sesiapa sahaja yang ingin mengusahakan tanah mestilah memohon daripada pejabat tanah untuk mendapatkan surat pemilikan tanah yang sah. Pejabat Tanah Negeri telah diberi tanggungjawab mengeluarkan surat pemilikan tanah kepada pemohon. Setiap tanah yang dikeluarkan surat pemilikan telah disukat dan ditentukan kadar cukai tanah dan menjadi komuditi yang boleh diniagakan. Kepesatan kemajuan industri getah di Tanah Melayu telah menyebabkan permintaan terhadap tanah semakin meningkat di Kedah. Kadar cukai tanah yang telah ditetapkan juga menyebabkan orang-orang Melayu terhimpit. Dasar keterbukaan pihak British memberi kelonggaran kepada pelabur luar memiliki tanah perladangan getah telah memberi kesan kepada orang-orang Melayu yang memohon tanah perladangan getah dari segi kemampuan mengeluarkan modal.