Institusi Surau Sekolah Dalam Pembangunan Akhlak Remaja: Suatu Kajian Di Sekolah-Sekolah Menengah Berasrama Aliran Agama Di Negeri Kedah Darul Aman

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji institusi surau sekolah dalam pembangunan akhlak remaja. Bagi konteks sekolah, surau adalah subjek dan lokasi penting dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan mixed-method- pendekatan kuantitatif yang disokong oleh data ku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hamid, Khairani Binti Zakariya @ Abd.
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/45092/1/Khairani%20Binti%20Zakariya%20%40%20Abd.%20Hamid24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji institusi surau sekolah dalam pembangunan akhlak remaja. Bagi konteks sekolah, surau adalah subjek dan lokasi penting dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif yang menggunakan mixed-method- pendekatan kuantitatif yang disokong oleh data kualitatif. Seramai 491 orang pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 daripada sebelas buah sekolah dilibatkan dalam soal selidik. Seramai 12 orang pentadbir, 9 orang guru serta 18 orang pelajar dilibatkan dalam temu bual. Di samping itu data pemerhatian dan analisis dokumen juga digunakan dalam kajian ini. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 17.0, manakala data kualitatif pula dianalisis melalui perisian NVivo8. Dapatan kajian menunjukkan antara faktor pembangunan akhlak adalah mendekatkan diri dengan masjid dan surau. Kaedah pembangunan akhlak yang sering diterima pakai di surau sekolah adalah “Kaedah Amal Ibadah.” Kajian ini mendapat pandangan remaja sendiri tentang peranan surau iaitu sebagai pusat ibadah. Aktiviti solat berjemaah merupakan program surau yang amat mempengaruhi pembangunan akhlak remaja, dengan memberi kesan perlunya berakhlak dengan Allah S.W.T, Rasulullah s.a.w., ibu bapa, diri sendiri, masyarakat dan alam sekeliling. Faktor utama yang mendorong remaja ke surau adalah faktor dalaman, iaitu perasaan ingin beribadah kepada Allah S.W.T.