Faktor-Faktor Penghalang Penglibatan Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Dalam Pembelajaran Atas Talian Di Universiti Sains Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pelajar PJJ dalam penglibatan mereka di dalam pembelajaran atas talian di USM. Kajian ini juga mengkaji hubungan halangan-halangan ini dengan dimensi demografi iaitu etnik, umur, pekerjaan dan bidang pengajian. Seban...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sim, Pei Wah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/45208/1/Sim%20Pei%20Wah24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pelajar PJJ dalam penglibatan mereka di dalam pembelajaran atas talian di USM. Kajian ini juga mengkaji hubungan halangan-halangan ini dengan dimensi demografi iaitu etnik, umur, pekerjaan dan bidang pengajian. Sebanyak 614 orang pelajar yang mengikuti Program PJJ Kursus Intensif iaitu dari 21 November 2008 hingga 11 Disember 2008, Sidang Akademik 2008/2009 di USM telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data-data yang berkaitan dan analisis deskriptif, analisis faktor dan analisis inferens telah dilakukan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Terdapat enam halangan utama yang telah dikenal pasti dalam kajian ini iaitu halangan masa, halangan interaksi sosial, halangan teknikal, halangan motivasi, halangan infrastruktur dan halangan kemahiran pra syarat. Antara keenam-enam halangan ini, halangan masa mencatat min yang tertinggi, diikuti halangan interaksi sosial, halangan teknikal, halangan motivasi, halangan infrastruktur dan halangan kemahiran pra syarat.