Faktor-Faktor Penghalang Penglibatan Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Dalam Pembelajaran Atas Talian Di Universiti Sains Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pelajar PJJ dalam penglibatan mereka di dalam pembelajaran atas talian di USM. Kajian ini juga mengkaji hubungan halangan-halangan ini dengan dimensi demografi iaitu etnik, umur, pekerjaan dan bidang pengajian. Seban...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Sim, Pei Wah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2013
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/45208/1/Sim%20Pei%20Wah24.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti halangan-halangan yang mempengaruhi pelajar PJJ dalam penglibatan mereka di dalam pembelajaran atas talian di USM. Kajian ini juga mengkaji hubungan halangan-halangan ini dengan dimensi demografi iaitu etnik, umur, pekerjaan dan bidang pengajian. Sebanyak 614 orang pelajar yang mengikuti Program PJJ Kursus Intensif iaitu dari 21 November 2008 hingga 11 Disember 2008, Sidang Akademik 2008/2009 di USM telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data-data yang berkaitan dan analisis deskriptif, analisis faktor dan analisis inferens telah dilakukan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Terdapat enam halangan utama yang telah dikenal pasti dalam kajian ini iaitu halangan masa, halangan interaksi sosial, halangan teknikal, halangan motivasi, halangan infrastruktur dan halangan kemahiran pra syarat. Antara keenam-enam halangan ini, halangan masa mencatat min yang tertinggi, diikuti halangan interaksi sosial, halangan teknikal, halangan motivasi, halangan infrastruktur dan halangan kemahiran pra syarat.