Pengaruh Faktor Demografi, Lokus Kawalan Dan Stail Berfikir Terhadap Personaliti Usahawan Berjaya Berdasarkan Teori Kerjaya Holland

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh Demografi,Lokus Kawalan dan Stail Berfikir terhadap personaliti usahawan berjaya di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara secara metod campuran. Bagi mencapai matlamat kajian ini, instrumen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fadzil, Zaidi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/45232/1/Zaidi%20Bin%20Fadzil24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh Demografi,Lokus Kawalan dan Stail Berfikir terhadap personaliti usahawan berjaya di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia iaitu negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara secara metod campuran. Bagi mencapai matlamat kajian ini, instrumen kajian untuk mengukur pembolehubah bersandar dan bebas telah dibentuk berdasarkan kajian-kajian awal. Pembolehubah bersandar yang terlibat dalam kajian ini adalah ujian personaliti kerjaya iaitu Vocational ‘Preference Inventory (VPI)’ (Holand, 1997). Manakala pengaruh variabel usahawan berjaya yang bertindak sebagai pembolehubah bebas ialah terdiri daripada ‘Locus of Control’ iaitu sistem kepercayaan diri (Rotter, 1967) dan Stail berfikir Sternberg yang berasaskan kepada ‘Mental Self Government’(Sternberg 1997). Soal selidik telah dibentuk dan diedarkan kepada 405 orang usahawan berjaya di wilayah utara semenanjung. Seramai 252 orang usahawan telah memulangkan borang soal selidik yang telah diisi dengan lengkap. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program ‘Statistical Package for Social Science (SPSS)’.Sementara itu, kajian secara kualitatif pula melibatkan seramai 10 orang usahawan Berjaya yang telah dikenalpasti bagi menjalankan kajian temubual. Analisis mendapati bahawa kod personaliti usahawan berjaya ialah ESR manakalakodpersekitaran Holland pula ialahESK. Menurut tafsiran Iachan (1984), kod inimempunyai hubungan yang kuat. Walau bagaimanapun, analisis menunjukkan pengaruh yang signifikan terhadap personaliti usahawan berjaya berdasarkan faktor demografi iaitu faktor pengalaman dan pengaruh keluarga.