Kecerdasan Pelbagai Dan Hubungannya Dengan Tahap Penguasaan Mata Pelajaran Geografi: Kajian Kes Di Salah Sebuah Sekolah Menengah Di Negeri Kedah

Kajian ini bertujuan mengkaji kecerdasan pelbagai yang dominan dalam kalangan pelajar sebagaimana yang dianjurkan oleh Gardner (1983) dalam teori Kecerdasan Pelbagai berhubung dengan tahap penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Geografi. Ia juga bertujuan menganalisis kepelbagaian kecerdasan yang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Towonsing, Augustine
Format: Thesis
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/45741/1/Augustine%20Towonsing24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji kecerdasan pelbagai yang dominan dalam kalangan pelajar sebagaimana yang dianjurkan oleh Gardner (1983) dalam teori Kecerdasan Pelbagai berhubung dengan tahap penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Geografi. Ia juga bertujuan menganalisis kepelbagaian kecerdasan yang dominan dalam kalangan pelajar mengikut jantina yang dapat membantu pelajar menguasai mata pelajaran Geografi secara berkesan. Seramai 152 orang pelajar Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun, Kedah telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan soalan soal selidik 80 item. Data yang dikumpul dianalisis melalui Statistik Deskriptif, Crosstabs Clustered Bar Charts dan Pearson r. Keputusan kajian menunjukkan terdapat lima kecerdasan yang dominan dan tiga kecerdasan yang kurang dominan dalam kalangan pelajar Geografi tanpa mengikut jantina. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan kecerdasan pelbagai yang dominan mengikut jantina terutama sekali bagi kecerdasan Logik-Matematik, Verbal-Linguistik dan Muzik yang lebih dominan dalam kalangan pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki berdasarkan kenyataan dalam soal selidik yang merujuk kepada lapan bidang kecerdasan pelbagai. Dalam pada itu, didapati bahawa kepelbagaian kecerdasan pelbagai dominan dalam kalangan pelajar mengikut jantina dan tanpa mengikut jantina secara signifikan mempengaruhi tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran Geografi.