Sejarah Perkembangan Konsep “Malaysian Malaysia” Parti Tindakan Demokratik (Dap)

Tesis ini mengkaji tentang sejarah perkembangan konsep “Malaysian Malaysia” yang dipegang oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Malaysia. Pada asasnya, gagasan “Malaysian Malaysia” diilhamkan oleh Lee Kuan Yew dari People Action Party (PAP). Kajian ini melihat penggunaan kerangka ideologi dalam me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chin, Wei Yee
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46074/1/Chin%20Wei%20Yee24.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini mengkaji tentang sejarah perkembangan konsep “Malaysian Malaysia” yang dipegang oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Malaysia. Pada asasnya, gagasan “Malaysian Malaysia” diilhamkan oleh Lee Kuan Yew dari People Action Party (PAP). Kajian ini melihat penggunaan kerangka ideologi dalam menghuraikan gagasan“Malaysian Malaysia”. Akan tetapi, gagasan“Malaysian Malaysia” tidak dilihat sebagai ideologi politik seperti Sosialisme dan Kapitalisme. Kajian ini telah menggunakan pendekatan Alan Ware (1996) yang menyimpulkan bahawa terdapat kecenderungan untuk mengidentifikasikan dan mengelompokkan ideologi politik berdasarkan kepada dua pendekatan. Pendekatan pertama dilakukan dengan menentukan ideologi-ideologi politik yang saling bersaing antara satu sama lain. Pendekatan kedua dapat dilakukan dengan mengelompokkan ideologi-ideologi politik yang memiliki kesamaan dan berada dalam satu rumpun keluarga. Persoalan utama yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah apa erti sebenar gagasan “Malaysian Malaysia” oleh DAP yang telah melakukan perubahan slogannya dari semasa ke semasa dalam menghadapi persaingan propaganda pemerintah. Selanjutnya penyelidik bertanya bagaimana perubahan konsep “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP dalam mengadapatasikan isu-isu yang berlaku mengikut peredaran masa? Bagi menjawab soalan-soalan ini, penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif dalam usaha mengumpul data kajian yang diperlukan dalam penelitian ini. Data-data yang digunakan dalam penelitian ini adalah terdiri daripada data primer dan data skunder. Data primer merupakan data yang dikumpul oleh pengkaji sendiri. Dalam data primer ini, pengkaji melakukan temubual bersama responden yang dipilih. Pengkaji menjalankan proses temubual berkaitan pandangan pemimpin-pemimpin DAP terhadap retorik dan gagasan parti politik parti mereka. Data sekunder pula, kajian-kajian perpustakaan digunakan untuk melengkapi keperluan kajian ini. Pengkaji menggunakan rujukan dari sumber-sumber bercetak seperti tesis, buku dan majalah.Kajian ini bertujuan melihat mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh Parti DAP selama ini menerusi konsep “Malaysian Malaysia”. Selain itu, dalam membangun sebuah teori, sesuatu konsep harus dihubungkaitkan seluruhnya secara generalisasi. Selalunya generalisasi ialah suatu kenyataan yang digunakan untuk menghubungkan suatu atau dua konsep. Oleh hal demikian, melalui kajian ini akan melihat perubahan DAP dalam mengadaptasikan peristiwa politik yang mempunyai keunikan tersendiri mengikut peredaran masa. Hasil kajian mendapati bahawa DAP telah mengubahsuaikan gagasan pada asalnya “Malaysian Malaysia” bertukar menjadi Malaysia Diutamakan dan Malaysia Pertengahan. Melalui kajian ini dapat melihat DAP yang berteraskan gagasan tersebut mengaplikasikan dalam aspek politik, budaya, bangsa dan ekonomi.