Pengaruh Langsung Dan Tidak Langsung Faktor-Faktor Persekitaran Dayah Tradisional Aceh Dalam Pembentukan Insan Kamil
Dayah Tradisional Aceh ialah sekolah berasrama penuh yang mengajarkan ilmu wahyu untuk membina dan melahirkan warga Muslim yang berpengetahuan tinggi dalam agama Islam, bertaqwa, dan mengamalkan ilmunya. Tanggapan umum ialah program pengajaran di dayah adalah berbentuk latih tubi dan hafalan semata-...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/46113/1/Ismail%20Anshari24.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dayah Tradisional Aceh ialah sekolah berasrama penuh yang mengajarkan ilmu wahyu untuk membina dan melahirkan warga Muslim yang berpengetahuan tinggi dalam agama Islam, bertaqwa, dan mengamalkan ilmunya. Tanggapan umum ialah program pengajaran di dayah adalah berbentuk latih tubi dan hafalan semata-mata, tetapi sebenarnya dayah mengamalkan pelbagai strategi pengajaran yang moden seperti service-learning, perantisan kognitif, situated learning dan fading di dalam membangunkan penguasaan ilmu pengetahuan dan keimanan dan ketaqwaan. Kajian ini meninjau keberkesanan dayah Aceh di dalam menerap keimanan dan ketaqwaan dalam kalangan pelajarnya dengan menggunakan model persamaan berstruktur yang dapat memperjelaskan hubungan-hubungan langsung dan tidak langsung di antara faktor-faktor kesungguhan belajar dan pengalaman service-learning ke atas penguasaan ilmu pengetahuan, Iman, Ihsan, dan amal soleh. Ihsan dan amal soleh diklasifikasikan sebagai faktor-faktor taqwa aras tinggi dan mereka dipacu oleh Ilmu pengetahuan dan Iman. Juga dikaji ialah kesan fading terhadap faktor-faktor ini. Model terhipotesis dibina berpandukan model penilaian keberkesanan institusi Input-Environment-Outcome (I-E-O) yang dimajukan oleh Astin (1993). 250 pelajar tahun akhir dari lima dayah tradisional Aceh terkemuka telah dipilih untuk kajian ini. Data dikutip menggunakan satu soalselidik yang dibina untuk kajian ini dan satu soalselidik kualiti sekolah berasaskan model Malcolm Baldrige Education yang diubahsuai untuk konteks dayah. |
---|