Kesan Pengajaran Berasaskan Isu Sosiosaintifik (Pbiss) Ke Atas Kemahiran Pemikiran Kritis, Kesedaran Metakognisi Dan Penaakulan Sosiosaintifik Guru Pelatih Sains

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pengajaran berasaskan isu sosiosaintifik (PBISS) ke atas kemahiran pemikiran kritis, kesedaran metakognisi dan penaakulan sosiosaintifik terhadap guru pelatih pengkhususan sains di sebuah Institut Pendidikan Guru. Dalam kajian ini, sebuah modul pembelajaran dibina...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Munip, Hairiah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/46606/1/FULL%20THESIS%20by%20HAIRIAH%20MUNIP%20V1.1%28COMBINED%20ALL%2924.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pengajaran berasaskan isu sosiosaintifik (PBISS) ke atas kemahiran pemikiran kritis, kesedaran metakognisi dan penaakulan sosiosaintifik terhadap guru pelatih pengkhususan sains di sebuah Institut Pendidikan Guru. Dalam kajian ini, sebuah modul pembelajaran dibina berasaskan Model Konseptual PBISS sebagai panduan intervensi PBISS. Kajian ini melaksanakan kaedah kajian kuantitatif berasaskan reka bentuk Pra-eksperimen: Ujian Pra-Ujian Pos Satu Kumpulan dan melibatkan temubual sebelum dan selepas intervensi PBISS. Kesan PBISS ke atas variabel pemikiran kritis dan kesedaran metakognisi diukur melalui ujian pra, ujian pos dan ujian pos lanjutan manakala kesan PBISS ke atas variabel penaakulan sosiosaintifik diukur melalui ujian pra dan pos serta temubual pra dan temubual pos. Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi memilih 50 orang guru pelatih dalam program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pengkhususan Sains untuk menjalani intervensi PBISS. Dua orang pensyarah kursus Sains, Teknologi dan Masyarakat terlibat secara kolaborasi sebagai fasilitator semasa pelaksanaan intervensi PBISS. Ujian Pemikiran Kritis dalam Pendidikan Alam Sekitar digunakan untuk mengukur pemikiran kritis guru pelatih terhadap isu sosiosaintifik.