Peranan Kyai Dalam Pemerkasaan Masyarakat Di Jember, Indonesia: Satu Pendekatan Berasaskan Kearifan Tempatan

Penyelidikan ini secara amnya bertujuan mengenal pasti dan mencari penyelesaian permasalahan dalam program pemerkasaan yang dijalankan di daerah Jember, Jawa Timur. Secara khusus, kajian ini bertujuan: (1) Menganalisis corak budaya serta dinamik sosial berasaskan kearifan tempatan dalam konteks Jemb...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Santoso, Budhy
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2017
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.usm.my/47517/1/BUDHY%20SANTOSO.pdf%20cut.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Penyelidikan ini secara amnya bertujuan mengenal pasti dan mencari penyelesaian permasalahan dalam program pemerkasaan yang dijalankan di daerah Jember, Jawa Timur. Secara khusus, kajian ini bertujuan: (1) Menganalisis corak budaya serta dinamik sosial berasaskan kearifan tempatan dalam konteks Jember, Indonesia; (2) Menganalisis peranan Kyai pesantren yang telah benar-benar menyokong program pemerkasaan terhadap masyarakat yang berbudaya santri dalam konteks Jember, Indonesia; (3) Menghuraikan program pemerkasaan masyarakat untuk menangani kemiskinan di Jember, Indonesia; (4) Menganalisis dan menghuraikan keberkesanan program pemerkasaan masyarakat untuk menangani kemiskinan di Jember, Indonesia; (5) Menganalisis corak budaya serta dinamik sosial yang menghambat pemerkasaan masyarakat berasaskan kearifan tempatan yang dilaksanakan di Jember; (6) Menganalisis dan mencadangkan program pemerkasaan masyarakat untuk menangani kemiskinan di Jember, Indonesia agar berjaya dengan mengambil kira kearifan tempatan dalam konteks Jember, Indonesia; dan (7) Mencadangkan kerangka model pemerkasaan masyarakat yang menonjolkan peranan Kyai pesantren yang berkesan dengan mengambil kira kearifan tempatan untuk dapat diterapkan di Kabupaten Jember.