Pengaruh Niat Terhadap Tingkah Laku Berwakaf Tunai Dalam Kalangan Muslim Di Pulau Pinang

Pulau Pinang merupakan antara negeri yang terawal mengamalkan wakaf tunai. Namun, sehingga kini jumlah kutipan dana wakaf tunai Pulau Pinang masih rendah dan tidak konsisten. Keadaan ini boleh dikenal pasti dari aspek pewakaf itu sendiri iaitu tingkah laku pewakaf yang memberikan wakaf tunai secara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mokthar, Mohammad Zulfakhairi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/47929/1/MOHAMMAD%20ZULFAKHAIRI%20BIN%20MOKTHAR-%20PENGARUH%20NIAT%20TERHADAP%20TINGKAH%20LAKU.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pulau Pinang merupakan antara negeri yang terawal mengamalkan wakaf tunai. Namun, sehingga kini jumlah kutipan dana wakaf tunai Pulau Pinang masih rendah dan tidak konsisten. Keadaan ini boleh dikenal pasti dari aspek pewakaf itu sendiri iaitu tingkah laku pewakaf yang memberikan wakaf tunai secara tidak konsisten. Oleh itu, aspek tingkah laku tidak konsisten pewakaf tunai di Pulau Pinang perlu dikaji. Umumnya dalam mengkaji tingkah laku konsistensi terdapat empat konsep yang sering digunakan iaitu konsep niat, kepercayaan, persepsi dan sikap. Daripada empat konsep tersebut, konsep niat telah menjadi tumpuan dan mempelopori kajian tingkah laku termasuk kajian tingkah laku pewakaf tunai. Persoalannya, adakah niat mempengaruhi tingkah laku pewakaf tunai? Justeru, kajian ini bertujuan untuk mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti konsep niat dalam tingkah laku berwakaf tunai. Kedua, menganalisis hubungan langsung antara faktor-faktor yang mempengaruhi niat dalam tingkah laku berwakaf tunai terhadap niat dan tingkah laku berwakaf tunai dalam kalangan Muslim di Pulau Pinang. Ketiga, merumuskan pengaruh niat terhadap tingkah laku berwakaf tunai dalam kalangan Muslim di Pulau Pinang. Ketiga-tiga objektif kajian tersebut dicapai menggunakan reka bentuk kajian penerokaan dan deskriptif yang dibahagikan kepada dua fasa. Data dalam kajian ini dikumpulkan menggunakan kaedah kajian dokumen, temu bual separa berstruktur dan pengedaran borang soal selidik dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan kualitatif dan analisis statistik dengan bantuan perisian statistik IBM SPSS dan SMART-PLS