Amalan pedagogi guru prasekolah permulaan

Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pedagogi Guru Prasekolah Permulaan (GPP). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pedagogi GPP berdasarkan pengetahuan persediaan pengajaran dan kemahiran pelaksanaan pengajaran serta membina desk.ripsi amalan pedagogi. Kajian ini merupakan s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul, Halim Masnan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/47962/1/bma%20projek%202020%20latest%20%281%29%20cut%2024%20pages.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pedagogi Guru Prasekolah Permulaan (GPP). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti amalan pedagogi GPP berdasarkan pengetahuan persediaan pengajaran dan kemahiran pelaksanaan pengajaran serta membina desk.ripsi amalan pedagogi. Kajian ini merupakan satu kajian kes dengan melibatkan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen terhadap empat orang GPP. Pemerhatian bagi setiap GPP adalah melibatkan pelaksanaan aktiviti pengajaran, iaitu sebanyak tiga kali melalui catatan pemerhatian dan rakaman video. Pengkaji juga melaksanakan kaedah temu bual dan rakaman audio bagi mengenal pasti pandangan GPP berkenaan pengetahuan persediaan pengajaran dan kemahiran pelaksanaan pengajaran. Analisis dokumen pula melibatkan persediaan rancangan pengajaran harian (RPH). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga aspek pengetahuan persediaan pengajaran yang dikenal pasti, iaitu i) hasil pembelajaran (isi kandungan dan amalan bersesuaian perkembangan), ii) persediaan alat bantu mengajar (faktor pemilihan dan pengurusan persediaan) dan iii) persediaan RPH (panduan KSPK dan perkembangan murid).