Kesan Pengajaran Berasaskan Isu Sosiosaintifik (Pbiss) Ke Atas Kemahiran Pemikiran Kritis, Kesedaran Metakognisi Dan Penaakulan Sosiosaintifik Guru Pelatih Sains

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pengajaran berasaskan isu sosiosaintifik (PBISS) ke atas kemahiran pemikiran kritis, kesedaran metakognisi dan penaakulan sosiosaintifik terhadap guru pelatih pengkhususan sains di sebuah Institut Pendidikan Guru. Dalam kajian ini, sebuah modul pembelajaran dibina...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Munip, Hairiah
格式: Thesis
语言:English
出版: 2019
主题:
在线阅读:http://eprints.usm.my/48124/1/Hairiah%20Binti%20Munip%20cut.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pengajaran berasaskan isu sosiosaintifik (PBISS) ke atas kemahiran pemikiran kritis, kesedaran metakognisi dan penaakulan sosiosaintifik terhadap guru pelatih pengkhususan sains di sebuah Institut Pendidikan Guru. Dalam kajian ini, sebuah modul pembelajaran dibina berasaskan Model Konseptual PBISS sebagai panduan intervensi PBISS. Kajian ini melaksanakan kaedah kajian kuantitatif berasaskan reka bentuk Pra-eksperimen: Ujian Pra-Ujian Pos Satu Kumpulan dan melibatkan temubual sebelum dan selepas intervensi PBISS. Kesan PBISS ke atas variabel pemikiran kritis dan kesedaran metakognisi diukur melalui ujian pra, ujian pos dan ujian pos lanjutan manakala kesan PBISS ke atas variabel penaakulan sosiosaintifik diukur melalui ujian pra dan pos serta temubual pra dan temubual pos. Kaedah persampelan bertujuan digunakan bagi memilih 50 orang guru pelatih dalam program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pengkhususan Sains untuk menjalani intervensi PBISS. Dua orang pensyarah kursus Sains, Teknologi dan Masyarakat terlibat secara kolaborasi sebagai fasilitator semasa pelaksanaan intervensi PBISS. Ujian Pemikiran Kritis dalam Pendidikan Alam Sekitar digunakan untuk mengukur pemikiran kritis guru pelatih terhadap isu sosiosaintifik.