Kepuasan Penghuni Terhadap Kualiti Reka Bentuk Di Perumahan Kos Rendah Bertingkat Tinggi Di Pulau Pinang

Kualiti perumahan dalam aspek reka bentuk adalah penting kepada penghuni perumahan kos rendah bertingkat tinggi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Matlamat Dasar Perumahan Negara (DRN) menyediakan perumahan yang mampu milik dan berkualiti untuk memenuhi keperluan, keselesaan dan kesejaht...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arshard, Wan Nur Rukiah Mohd
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/48138/1/KEPUASAN%20PENGHUNI%20TERHADAP%20KUALITI%20REKA%20BENTUK%20DI%20PERUMAHAN%20KOS%20RENDAH%20BERTINGKAT%20TINGGI%20DI%20PULAU%20PINANG%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kualiti perumahan dalam aspek reka bentuk adalah penting kepada penghuni perumahan kos rendah bertingkat tinggi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Matlamat Dasar Perumahan Negara (DRN) menyediakan perumahan yang mampu milik dan berkualiti untuk memenuhi keperluan, keselesaan dan kesejahteraan penghuni perumahan di Malaysia Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan penghuni terhadap kualiti reka bentuk di perumahan kos rendah bertingkat tinggi di Pulau Pinang. Reka bentuk kajian secara kaedah campuran serentak iaitu mengumpul data menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitaif dengan serentak untuk mencapai objektif kajian ini. Kajian melibatkan 345 orang penghuni daripada tiga perumahan kos rendah bertingkat tinggi di Pulau Pinang iaitu di perumahan Taman Ampang Jajar TAJ di Seberang Perai Utara (SPU), perumahan Halaman Kenanga (HK) di Daerah Timur Laut (DTL) dan perumahan Idaman Seroja (IS) di Daerah Barat Daya (DBD). Soal selidik diberikan pada isi rumah (n=345) digunakan untuk bahagian kuantitatif, manakala kajian kes yang menggunakan kaedah temu bual bersama arkitek (n=3) dan isi rumah (n=9) dari ketiga-tiga isi rumah digunakan untuk bahagian kualitatif. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif, korelasi, dan ANOVA. Data kualititatif dianalisis menggunakan analisis kandungan daripada gambar, tembubual, dan dokumen. Penemuan kajian ini memberi sumbangan untuk menambahbaik garis panduan dan piawaian perumahan serta gabungan teori perumahan dan kajian kepuasan perumahan kos rendah bertingkat tinggi di Malaysia.