Analisis Sejarah Fonologi Dan Pengelompokan Dialek Melayu Hulu Di Bahagian Timur Semenanjung Malaysia

Kajian ini meneliti pertalian sejarah dialek Melayu Hulu Pahang, dialek Melayu Hulu Kelantan, dialek Melayu Hulu Terengganu dan dialek Melayu Hulu Tembeling. Dua persoalan utama yang mendorong kajian ini ialah isu-isu mengenai perkembangan fonologi dan pengelompokan dalaman dialek-dialek tersebut. O...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasrah, Mohd Tarmizi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/48142/1/ANALISIS%20SEJARAH%20FONOLOGI%20DAN.pdf%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meneliti pertalian sejarah dialek Melayu Hulu Pahang, dialek Melayu Hulu Kelantan, dialek Melayu Hulu Terengganu dan dialek Melayu Hulu Tembeling. Dua persoalan utama yang mendorong kajian ini ialah isu-isu mengenai perkembangan fonologi dan pengelompokan dalaman dialek-dialek tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk memerikan sistem fonologi, merekonstruksi fonologi dialek induk, menghuraikan proses fonologi selain menentukan inovasi bersama dan retensi untuk tujuan pengelompokan dalaman. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menerapkan empat teori yang saling berkaitan, iaitu teori pemerian sistem fonem, teori rekonstruksi, teori perubahan bunyi dan teori pengelompokan. Hasil pemerian fonem mendapati setiap dialek Melayu hulu memiliki ciri khas yang membezakannya daripada dialek-dialek Melayu di kawasan hilir. Kewujudan ciri khas mengesahkan andaian bahawa semua dialek Melayu hulu diturunkan daripada sebuah dialek purba yang dikenali sebagai dialek Hulu Semenanjung Timur purba.