Teater Muzikal Melayu: Satu Kajian Terhadap Struktur Persembahan Melalui Pembentukan Lagu Dramatik
Brown (2007) telah mengatakan bahawa elemen yang dapat membezakan aliran teater muzikal dengan bentuk teater yang lain adalah melalui fungsi lagu sebagai luahan rasa yang tidak dapat dilafazkan menerusi dialog. Pembinaan struktur sesebuah persembahan teater muzikal bukan sahaja dilihat menerusi p...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/48194/1/MUHAMMAD%20FAISAL%20AHMAD%20-%20PHD%20%28FINAL%20THESIS%29%20cut.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Brown (2007) telah mengatakan bahawa elemen yang dapat membezakan
aliran teater muzikal dengan bentuk teater yang lain adalah melalui fungsi lagu
sebagai luahan rasa yang tidak dapat dilafazkan menerusi dialog. Pembinaan struktur
sesebuah persembahan teater muzikal bukan sahaja dilihat menerusi perjalanan
naratifnya malah fungsi lagu-lagu dramatik dalam menentukan gaya penyampaian
memainkan peranan membentuk struktur persembahan tersebut. Kajian ini akan
memfokuskan struktur persembahan teater muzikal Melayu dengan melihat peranan
lagu dramatik serta gaya persembahan pementasan yang dipersembahkan di Istana
Budaya, Kuala Lumpur. Tumpuan kajian adalah berdasarkan kepada sepuluh buah
produksi yang dipilih bermula pada tahun 2000 hingga 2010. Kaedah dapatan kajian
adalah menerusi sumber primer seperti penontonan, temu bual, dan rujukan sumber
sekunder. Lagu dramatik dalam teater muzikal yang telah dikategorikan oleh Larry A.
Brown (2010) dan John Kenrick (2010) diterapkan dalam Teori Piramid Struktur
Dramatik Freytag. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh muzikal Barat
dalam gaya dan bentuk struktur persembahan teater muzikal Melayu. Struktur
persembahan teater muzikal Melayu juga dilihat menerusi bentuk dan fungsi lagu
dramatik yang diterapkan dalam naskhah-naskhah terpilih. Hasil kajian ini
memperlihatkan empat bentuk teater muzikal Melayu iaitu Muzikal Sebelum Klimaks,
Muzikal Lagu Cerita, Muzikal Konsert dan Muzikal Gaya Rodgers & Hammerstein II
serta fungsi buku muzikal sebagai medium pembentukan sebuah teater muzikal. |
---|