Pemuliharaan Bangunan Warisan Dari Aspek Sejarah Di George Town, Pulau Pinang

Penyelidikan yang dilakukan adalah bersifat kualitatif iaitu menggunakan sumber primer dan sekunder yang terdapat pada tiga kajian kes. Tiga buah kajian kes telah dipilih sebagai sampel kajian kes iaitu Kota Cornwallis, Rumah Teh Bunga dan Pejabat Warisan Dunia George Town. Ketiga-tiga kajian kes i...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mootar, Mohd Qawien
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2019
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.usm.my/48361/1/Pemuliharaan%20Bangunan%20Warisan%20Dari%20Aspek%20Sejarah%20di%20George%20Town%2C%20Pulau%20Pinang.pdf%20cut.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Penyelidikan yang dilakukan adalah bersifat kualitatif iaitu menggunakan sumber primer dan sekunder yang terdapat pada tiga kajian kes. Tiga buah kajian kes telah dipilih sebagai sampel kajian kes iaitu Kota Cornwallis, Rumah Teh Bunga dan Pejabat Warisan Dunia George Town. Ketiga-tiga kajian kes ini dipilih kerana telah melalui proses pemuliharaan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Di samping itu, bangunan ini masih mengekalkan keasliannya dan terdapat penambahan struktur yang telah dirobohkan. Penambahan ini adalah menggantikan bahagian struktur yang dirobohkan dan mengembalikan kepada keadaan asal. Bangunan warisan ini dipulihara mengikut pada pelan asalnya. Pemuliharaan pada struktur bangunan yang rosak dan menggantikan dengan bahan tersebut dengan bahan yang asli. Pemuliharaan bangunan dari aspek sejarah ini telah didokumentasikan agar kaedah dan proses pemuliharaan ini dapat dijadikan rujukan. Proses pemuliharaan bangunan warisan perlu mengikut piawaian sejarah yang telah ditetapkan iaitu pemuliharaan bangunan warisan perlu mengikut keadaan asal seperti sebelum berlakunya kerosakan. Pemuliharaan bangunan warisan ini dapat mengekalkan identiti, keaslian, suai guna dan budaya masyarakat setempat. Pemuliharaan ini bertujuan menjadi contoh kepada pemuliharaan bangunan warisan yang lain kerana pemuliharaan bangunan kajian kes telah mengikut garis panduan yang telah disediakan dengan jayanya.