Antara Dendam Dengan Perjuangan Daripada Perspektif Pensejarahan Baharu

Kajian ini adalah bertitik tolak daripada novel Antara Dendam Dengan Perjuangan karya Ali Jusoh yang merentetkan semula sejarah Pahang melalui kebangkitan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah menentang Inggeris. Walaupun novel tersebut bersifat fiksyen, namun melalui bacaan yang diselarikan de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Mohd Syukor
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/48372/1/ANTARA%20DENDAM%20DENGAN%20PERJUANGAN%20DARIPADA%20PERSPEKTIF%20PENSEJARAHAN%20BAHARU-MOHD%20SYUKOR%20ABDULLAH-MAC-2019%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertitik tolak daripada novel Antara Dendam Dengan Perjuangan karya Ali Jusoh yang merentetkan semula sejarah Pahang melalui kebangkitan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah menentang Inggeris. Walaupun novel tersebut bersifat fiksyen, namun melalui bacaan yang diselarikan dengan fakta sejarah memperlihatkan kesetiaan pengarang terhadap fakta-fakta tersebut. Namun melalui perspektif Pensejarahan Baharu, pengarang tidak hanya menyalin kisah sejarah lampau, sebaliknya pengarang juga dilihat turut membina sejarah fiksyen yang diterjemahkan dalam konteks yang lebih terbuka serta mencabar pensejarahan itu sendiri. Fragmen yang mengisahkan ‘kehilangan dan kematian’ tokoh-tokoh pejuang Pahang meninggalkan satu enigma dalam sejarah tanah air khususnya Pahang. Pelbagai persoalan ditimbulkan tentang sejauh manakah kebenarannya pengisytiharan kematian yang diwawarkan Inggeris. Kelompangan episod tersebut membuka peluang untuk pengarang mencipta serta melengkapkan sejarah marginal yang mungkin sengaja disisihkan demi kepentingan penjajah serta pelbagai pihak. Mendekati karya ini melalui perspektif Pensejarahan Baharu ternyata mampu merungkai persoalan-persoalan tersirat yang membawa kepada kebangkitan tokoh pejuang Melayu Pahang. Kajian ini menyasarkan empat objektif utama. Pertama ialah mengenal pasti unsur sejarah yang terdapat dalam novel Antara Dendam Dengan Perjuangan dan menghubungkannya dengan fakta sejarah.