Konflik Ruang Awam Di Tapak Warisan George Town, Pulau Pinang

Kawasan kajian Tapak Warisan Dunia UNESCO ini merupakan sebahagian daripada bandar George Town, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti perniagaan menguasai sebahagian besar pelusuk ruang yang ada. Ruang yang berada di dalam tapak warisan dunia ini menyimpan pelbagai nilai warisan sejarah yang tidak dibe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sazali, Muhamad Ferdhaus
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/48531/1/MUHAMAD%20FERDHAUS%20BIN%20SAZALI_hj.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kawasan kajian Tapak Warisan Dunia UNESCO ini merupakan sebahagian daripada bandar George Town, Pulau Pinang. Pelbagai aktiviti perniagaan menguasai sebahagian besar pelusuk ruang yang ada. Ruang yang berada di dalam tapak warisan dunia ini menyimpan pelbagai nilai warisan sejarah yang tidak dibenarkan sebarang perubahan tanpa kebenaran. Ruang awam adalah elemen utama yang menghubung antara satu tempat dengan yang lain di dalam kawasan kajian ini. Walau bagaimanapun, sebahagian besar para peniaga dan penjaja telah menyalahgunakan ruang awam di kawasan kajian ini untuk kepentingan peribadi secara tidak sah yang menyalahi peruntukan undang-undang sehingga menimbulkan konflik ruang awam. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti lokasi konflik ruang awam, mengkaji faktor dan kesan konflik berdasarkan dapatan soal selidik dan temu bual dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan berasaskan ciri-ciri kelestarian ruang awam. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik terhadap 103 orang peniaga, 209 penjaja dan temu bual terhadap 3 agensi yang terlibat mengurus tadbir ruang awam. Dapatan kajian menunjukkan lokasi konflik ruang awam yang mempunyai halangan sementara dan halangan kekal yang telah dikoordinat dan dianalisis menggunakan aplikasi ArcGIS 10.1. Permintaan akan aktiviti makanan jalanan atau street food yang sememangnya terkenal di kawasan kajian dan ketidakpekaan akan peraturan telah dikenalpasti sebagai faktor utama konflik ruang awam berlaku. Seterusnya, kesan utama konflik ruang awam ini yang telah dapat dikenalpasti adalah wujudnya halangan kekal atau sementara secara tidak sah yang menjejaskan lanskap dan dalam masa yang sama telah mencemarkan kawasan kajian. Maka, berdasarkan dapatan kajian, beberapa langkah penambahbaikan berasaskan ciri-ciri kelestarian ruang awam telah dicadangkan dalam kajian ini untuk menjamin ruang awam di kawasan kajian terus kekal terpelihara dan lestari.