Hubungan Antara Tasawwur Dengan Perilaku Soleh Dan Elemen Sahsiah Sebagai Mediator

Perlakuan golongan belia umumnya dipengaruhi oleh pengetahuan yang mereka terima. Hal ini selari dengan pandangan ilmuan Islam dan barat. Kajian-kajian terdahulu di peringkat global dan nusantara mengenai tasawwur tidak melibatkan elemen emosi, motivasi dan sikap kerana hanya memfokuskan kepada kons...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: ., Nuriman
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/48648/1/NURIMAN_hj.pdf
Tags: Add Tag
Description
Summary:Perlakuan golongan belia umumnya dipengaruhi oleh pengetahuan yang mereka terima. Hal ini selari dengan pandangan ilmuan Islam dan barat. Kajian-kajian terdahulu di peringkat global dan nusantara mengenai tasawwur tidak melibatkan elemen emosi, motivasi dan sikap kerana hanya memfokuskan kepada konsep tasawwur dalam konteks Al-Quran secara tematik (al-mawdu’iy). Selain itu, kajian berkaitan pelajar mengenai konseptualisasi aspek keduniawian dan aspek spiritual tidak melibatkan konstruk mediator elemen emosi, motivasi, sikap hablu minallah dan sikap hablu minannas terhadap perilaku soleh. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan aspek tasawwur terhadap perilaku soleh golongan belia dalam tiga jenis institusi pendidikan di Aceh iaitu institusi pendidikan salafi, khalafi dan SMA/SMK. Kesemua variabel yang dibina dalam Model Tasawwur dan Perilaku Soleh dianalisis mengikut keperluan perisian SEM-PLS bagi mengenal pasti hubungan dan pengaruh aspek tasawwur melalui konstruk mediator. Untuk mengenal pasti perbezaan orientasi keduniawian dan orientasi spiritual mengikut jenis institusi pendidikan dan jantina, analisa ANOVA satu hala dan ujian-t telah dijalankan. Konstruk yang dibina dalam model terdiri daripada konstruk orientasi keduniawian dan konstruk orientasi spiritual serta konstruk perilaku soleh. Manakala konstruk mediator terdiri daripada elemen emosi, motivasi, elemen sikap hablu minallah dan elemen sikap hablu-minannas. Kajian melibatkan seramai 390 responden dalam 10 institusi pendidikan dengan julat umur 16-21 tahun.