Kajian Perbezaan Motivasi Terhadap Genre Penyertaan, Demografi Dan Jenis Permainan Dalam Kalangan Pemain Permainan Elektronik

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan motivasi pemain permainan elektronik berdasarkan faktor demografi, genre penyertaan dan jenis permainan. Seramai 240 responden berusia antara 15 tahun dan ke atas terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa institu...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Zain, Ahmad Zulman Mohd
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
منشور في: 2019
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.usm.my/48929/1/Tesis%20PhD%20Digital-2019%20cut.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan motivasi pemain permainan elektronik berdasarkan faktor demografi, genre penyertaan dan jenis permainan. Seramai 240 responden berusia antara 15 tahun dan ke atas terlibat dalam kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah, mahasiswa institut pengajian tinggi, responden yang sudah bekerja dan yang tidak bekerja yang menetap di sekitar kawasan Pulau Pinang dan dipilih melalui persampelan secara rawak mudah. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang dilakukan secara atas talian (Lime Survey). Keputusan dari kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan motivasi yang signifikan pada jantina pemain dan jenis permainan. Analisis ini juga menunjukkan bahawa perbezaan yang signifikan dalam komponen utama motivasi dan sub-komponen motivasi pada genre penyertaan dan dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa motivasi tidak boleh diramal berdasarkan umur dan pekerjaan pemain.