Ralat Dalam Penilaian Impak Lalulintas (Tia) Kepada Perancangan Pengurusan Lalulintas : Kajian Kes Daerah Kuala Muda

Kajian Impak Lalulintas ataupun Penilaian Kesan Lalulintas (TIA) merupakan satu keperluan dan kaedah dalam kawalan perancangan. TIA mula disyaratkan penyediaanya sejak 10 tahun yang lepas. TIA merupakan dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak berkuasa sebagai dokumen sokongan permohonan kebenaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahim, Mohd Rozaimi Abdul
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/49283/1/full%20thesis%20by%20Mohd%20Rozaimi%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian Impak Lalulintas ataupun Penilaian Kesan Lalulintas (TIA) merupakan satu keperluan dan kaedah dalam kawalan perancangan. TIA mula disyaratkan penyediaanya sejak 10 tahun yang lepas. TIA merupakan dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak berkuasa sebagai dokumen sokongan permohonan kebenaran Merancang. TIA dapat membantu para jururancang dan jurutera dalam menentukan kemungkinan kesan sesuatu projek kepada sistem pengangkutan dan trafik. TIA juga akan mencadangkan tindakan mitigasi untuk mengatasi kesan negatif terhadap cadangan pembangunan. Umum mengetahui bahawa setiap pembangunan atau pemajuan terutamanya perumahan akan menjana trafik pada masa akan datang. Kajian ini menilai dari aspek perbandingan ramalan trafik persimpangan berbanding data sebenar, perbandingan isipadu trafik bagi midblock., Tahap Perkhidmatan Persimpangan (LOS) dan tahap ketepuan simpang melalui laporan TIA yang diserah kepada pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda. Daripada 13 kes perbandingan tersebut, didapati berlaku lebihan ramalan (over estimate) antara 7% hingga 14 % daripada 13 kes yang dikaji yang menggunakan peratus peningkatan trafik ( traffic growth) sebagai faktor gandaan dan berlaku kurang ramalan (under prediction) antara -9% hingga 36% tanpa menggunakan faktor peningkatan trafik. Penemuan kajian dianalisa dengan menggunakan kaedah kuantitatif yang merangkumi graf dan analisis korelasi dan regresi.