Strategi Sekuriti Makanan Dalam Pembangunan Lestari Islam

Agenda sekuriti makanan semakin mendapat perhatian di seluruh dunia pada masa ini memandangkan krisis makanan dan kelaparan masih lagi berlaku di kebanyakan negara di dunia. Malah, isu kebuluran masih lagi wujud dalam abad ini. Keadaan ini bertambah meruncing akibat keterhadan dan degradasi sumbe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Nurul Suhada
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/49336/1/Nurul%20Suhada%20Ismail%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agenda sekuriti makanan semakin mendapat perhatian di seluruh dunia pada masa ini memandangkan krisis makanan dan kelaparan masih lagi berlaku di kebanyakan negara di dunia. Malah, isu kebuluran masih lagi wujud dalam abad ini. Keadaan ini bertambah meruncing akibat keterhadan dan degradasi sumber alam yang membekalkan sumber makanan. Tiga isu utama berlaku berkaitan sekuriti makanan. Pertamanya, isu jangkaan pertambahan penduduk dunia dan khususnya populasi masyarakat Muslim pada masa akan datang mencetuskan gambaran bahawa permintaan makanan bakal bertambah. Keduanya, isu perubahan trend penggunaan makanan penduduk dan ketiga, isu kualiti makanan yang mempengaruhi kesihatan manusia. Isu-isu pada peringkat global ini turut dihadapi oleh Malaysia. Ketiga-tiga isu ini berkait rapat dengan penggunaan sumber alam untuk aktiviti pengeluaran makanan, pengagihan, penggunaan dan kualiti makanan yang merupakan komponen sekuriti makanan. Bagi menanganinya, strategi yang holistik diperlukan. Atas sebab itu, kajian ini dengan menggunakan reka bentuk kualitatif asas dilaksanakan bagi mengenal pasti strategi sekuriti makanan dalam pembangunan lestari Islam (SSMPLI). Kajian diteruskan dengan menganalisis strategi sekuriti makanan di Malaysia berdasarkan SSMPLI. Akhir sekali, kajian ini merumuskan strategi sekuriti makanan di Malaysia berdasarkan SSMPLI. Kesemua objektif dicapai melalui pengumpulan data primer dan data sekunder serta penganalisisan data menggunakan analisis kandungan dengan bantuan Atlas t.i. versi 8.4.16.