Pengetahuan Dan Amalan Isti‘Ᾱdhah Dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam

Isti‘ᾱdhah membawa maksud memohon perlindungan, merupakan satu bentuk ibadah yang dituntut dalam Islam. Terdapat dua jenis konsep Isti‘ᾱdhah yang menjadi amalan masyarakat sejak dulu lagi. Pertama, isti‘ᾱdhah yang mematuhi kehendak dan syariat Allah S.W.T dan kedua adalah isti‘ᾱdhah yang bertenta...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ibrahim, Nurul Suhaida
格式: Thesis
语言:English
出版: 2018
主题:
在线阅读:http://eprints.usm.my/49707/1/NURUL%20SUHAIDA%20BINTI%20IBRAHIM_hj.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Isti‘ᾱdhah membawa maksud memohon perlindungan, merupakan satu bentuk ibadah yang dituntut dalam Islam. Terdapat dua jenis konsep Isti‘ᾱdhah yang menjadi amalan masyarakat sejak dulu lagi. Pertama, isti‘ᾱdhah yang mematuhi kehendak dan syariat Allah S.W.T dan kedua adalah isti‘ᾱdhah yang bertentangan dengan syariat dan ianya boleh membawa kepada syirik serta kekufuran. Kekufuran dan kebaikan tidak boleh bersama walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Justeru, hal ini amat berkait rapat dengan pengetahuan dan amalan kehidupan seharian. Dan, bagi kajian ini telah difokuskan kepada pelajar yang mana kejayaan sebenar pelajar adalah diukur daripada keupayaan mereka dalam menghayati agama, berpengetahuan yang benar dan beramal dengan amalan yang menurut syarak. Sehingga kesan daripada pengetahuan dan amalan tersebut mampu melahirkan seorang pelajar yang sempurna dari segi emosi, jasmani, intelek dan rohani. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan dan amalan isti‘ᾱdhah dalam kalangan pelajar Universiti Awam sama ada pengetahuan dan amalan mereka mematuhi syariat Allah S.W.T atau sebaliknya. Secara lebih khusus, kajian ini mengfokuskan kepada dua buah Universiti Awam sahaja iaitu USM dan UNIMAP. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Instrumen soal selidik mengandungi tiga rukun isti‘ᾱdhah iaitu memohon perlindungan, sesuatu yang dipohon perlindungan darinya dan sesuatu yang dimohon perlindungan kepadanya. Data kuantitatif diperoleh melalui set soal selidik yang dijawab oleh 439 orang pelajar USM dan UNIMAP sebagai responden.