Pembinaan Dan Penilaian Ciri-Ciri Psikometrik Rubrik Pentaksiran Berasaskan Prestasi Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Latihan Mengajar

Kajian ini bertujuan membina rubrik pentaksiran berasaskan prestasi untuk guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi menilai prestasi kemahiran abad ke-21 semasa latihan mengajar. Selain itu, kajian ini menilai ciri-ciri psikometrik rubrik yang dibina menggunakan Model Pengukuran Rasch Pelbaga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bakar, Rozaini Abu
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/50202/1/ROZAINI%20BIN%20ABU%20BAKAR_hj.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-usm-ep.50202
record_format uketd_dc
spelling my-usm-ep.502022021-10-08T07:25:32Z Pembinaan Dan Penilaian Ciri-Ciri Psikometrik Rubrik Pentaksiran Berasaskan Prestasi Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Latihan Mengajar 2018-08 Bakar, Rozaini Abu L7-991 Education (General) Kajian ini bertujuan membina rubrik pentaksiran berasaskan prestasi untuk guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi menilai prestasi kemahiran abad ke-21 semasa latihan mengajar. Selain itu, kajian ini menilai ciri-ciri psikometrik rubrik yang dibina menggunakan Model Pengukuran Rasch Pelbagai Faset (MFRM) dalam menentukan ketegasan pentaksir, keupayaan guru pelatih, kesukaran item pentaksiran, kefungsian rubrik, hubungan linear antara faset dan kesan interaksi bias dalam pentaksiran. Terdapat tiga fasa dalam proses pembinaan rubrik ini iaitu fasa penggubalan, fasa pengesahan dan fasa pengujian. Fasa penggubalan meliputi analisis kandungan dokumen, proses konsepsualisasi dan operasionalisasi manakala fasa pengesahan meliputi semakan panel pakar dan ujian kebolehlaksanaan rubrik. Untuk fasa pengujian, meliputi ujian psikometrik yang menggunakan perisian FACETS versi 3.71.4 (2014) bagi memperakui kesahan dan kebolehpercayaan rubrik yang dibina. Reka bentuk kajian adalah menerusi pendekatan kuantitatif dan bagi mengukuhkan dapatan kajian kuantitatif, pendekatan kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual dijalankan. Dapatan daripada konsepsualisasi dan operasionalisasi menunjukkan sebanyak lapan konstruk kemahiran abad ke-21 dan 69 item pentaksiran dihasilkan berdasarkan pendefinisian setiap konstruk kemahiran yang dilakukan daripada lima kerangka kemahiran abad ke-21 yang terpilih. Rubrik kemudian dikemaskini dan diubahsuai mengikut keperluan melalui ujian kebolehlaksanaan sebanyak empat kitaran yang menghasilkan 50 item pentaksiran yang sesuai untuk menjalani ujian psikometrik. Seterusnya, dapatan akhir daripada MFRM menunjukkan sebanyak 42 item pentaksiran berjaya dihasilkan setelah memenuhi kesemua andaian model Rasch melalui pengujian sebanyak tiga pusingan. Berdasarkan dapatan MFRM menunjukkan para pentaksir berbeza dengan signifikan antara satu sama lain dalam tahap ketegasan mereka. Rubrik yang dibina berjaya mengasingkan ukuran keupayaan guru pelatih dan cukup sensitif untuk membezakan antara guru pelatih yang berkeupayaan tinggi dan berkeupayaan rendah. Selain itu, skala pemeringkatan pada rubrik berfungsi dengan ideal dan didapati sesuai dengan kumpulan sasaran. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan satu instrumen baru dalam pentaksiran latihan mengajar berasaskan kemahiran abad ke-21 di IPG yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan sistematik. 2018-08 Thesis http://eprints.usm.my/50202/ http://eprints.usm.my/50202/1/ROZAINI%20BIN%20ABU%20BAKAR_hj.pdf application/pdf en public phd doctoral Universiti Sains Malaysia Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
institution Universiti Sains Malaysia
collection USM Institutional Repository
language English
topic L7-991 Education (General)
spellingShingle L7-991 Education (General)
Bakar, Rozaini Abu
Pembinaan Dan Penilaian Ciri-Ciri Psikometrik Rubrik Pentaksiran Berasaskan Prestasi Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Latihan Mengajar
description Kajian ini bertujuan membina rubrik pentaksiran berasaskan prestasi untuk guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi menilai prestasi kemahiran abad ke-21 semasa latihan mengajar. Selain itu, kajian ini menilai ciri-ciri psikometrik rubrik yang dibina menggunakan Model Pengukuran Rasch Pelbagai Faset (MFRM) dalam menentukan ketegasan pentaksir, keupayaan guru pelatih, kesukaran item pentaksiran, kefungsian rubrik, hubungan linear antara faset dan kesan interaksi bias dalam pentaksiran. Terdapat tiga fasa dalam proses pembinaan rubrik ini iaitu fasa penggubalan, fasa pengesahan dan fasa pengujian. Fasa penggubalan meliputi analisis kandungan dokumen, proses konsepsualisasi dan operasionalisasi manakala fasa pengesahan meliputi semakan panel pakar dan ujian kebolehlaksanaan rubrik. Untuk fasa pengujian, meliputi ujian psikometrik yang menggunakan perisian FACETS versi 3.71.4 (2014) bagi memperakui kesahan dan kebolehpercayaan rubrik yang dibina. Reka bentuk kajian adalah menerusi pendekatan kuantitatif dan bagi mengukuhkan dapatan kajian kuantitatif, pendekatan kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual dijalankan. Dapatan daripada konsepsualisasi dan operasionalisasi menunjukkan sebanyak lapan konstruk kemahiran abad ke-21 dan 69 item pentaksiran dihasilkan berdasarkan pendefinisian setiap konstruk kemahiran yang dilakukan daripada lima kerangka kemahiran abad ke-21 yang terpilih. Rubrik kemudian dikemaskini dan diubahsuai mengikut keperluan melalui ujian kebolehlaksanaan sebanyak empat kitaran yang menghasilkan 50 item pentaksiran yang sesuai untuk menjalani ujian psikometrik. Seterusnya, dapatan akhir daripada MFRM menunjukkan sebanyak 42 item pentaksiran berjaya dihasilkan setelah memenuhi kesemua andaian model Rasch melalui pengujian sebanyak tiga pusingan. Berdasarkan dapatan MFRM menunjukkan para pentaksir berbeza dengan signifikan antara satu sama lain dalam tahap ketegasan mereka. Rubrik yang dibina berjaya mengasingkan ukuran keupayaan guru pelatih dan cukup sensitif untuk membezakan antara guru pelatih yang berkeupayaan tinggi dan berkeupayaan rendah. Selain itu, skala pemeringkatan pada rubrik berfungsi dengan ideal dan didapati sesuai dengan kumpulan sasaran. Kesimpulannya, kajian ini berjaya menghasilkan satu instrumen baru dalam pentaksiran latihan mengajar berasaskan kemahiran abad ke-21 di IPG yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan sistematik.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Bakar, Rozaini Abu
author_facet Bakar, Rozaini Abu
author_sort Bakar, Rozaini Abu
title Pembinaan Dan Penilaian Ciri-Ciri Psikometrik Rubrik Pentaksiran Berasaskan Prestasi Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Latihan Mengajar
title_short Pembinaan Dan Penilaian Ciri-Ciri Psikometrik Rubrik Pentaksiran Berasaskan Prestasi Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Latihan Mengajar
title_full Pembinaan Dan Penilaian Ciri-Ciri Psikometrik Rubrik Pentaksiran Berasaskan Prestasi Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Latihan Mengajar
title_fullStr Pembinaan Dan Penilaian Ciri-Ciri Psikometrik Rubrik Pentaksiran Berasaskan Prestasi Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Latihan Mengajar
title_full_unstemmed Pembinaan Dan Penilaian Ciri-Ciri Psikometrik Rubrik Pentaksiran Berasaskan Prestasi Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Latihan Mengajar
title_sort pembinaan dan penilaian ciri-ciri psikometrik rubrik pentaksiran berasaskan prestasi kemahiran abad ke-21 dalam latihan mengajar
granting_institution Universiti Sains Malaysia
granting_department Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
publishDate 2018
url http://eprints.usm.my/50202/1/ROZAINI%20BIN%20ABU%20BAKAR_hj.pdf
_version_ 1747822028282396672