Pembinaan Bank Item Matematik Tingkatan Satu Melalui Prosedur Penggabungan Ujian Menggunakan Model Rasch
Pembinaan bank item merupakan satu proses yang rumit, kompleks dan perlu mengambil kira pelbagai isu praktikal dan teknikal, terutamanya dalam menggabungkan ujian-ujian yang berbeza agar berada dalam satu skala yang sama. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan bank item matematik Tingk...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.usm.my/51911/1/HASNI%20BINTI%20SHAMSUDDIN%20-%20TESIS.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembinaan bank item merupakan satu proses yang rumit, kompleks dan perlu
mengambil kira pelbagai isu praktikal dan teknikal, terutamanya dalam menggabungkan
ujian-ujian yang berbeza agar berada dalam satu skala yang sama. Oleh itu, kajian ini
bertujuan untuk menghasilkan bank item matematik Tingkatan 1 menggunakan kerangka
pengukuran model Rasch yang mengkaji pelbagai aspek praktikal seperti kesesuaian dan
kestabilan item rujukan, pemilihan teknik transformasi skala sebelum penggabungan dan
pemilihan kaedah penggabungan yang sesuai. Isu teknikal yang merujuk kepada prosedur
yang perlu dipatuhi mengikut standard yang telah ditetapkan, diatasi dengan mematuhi
langkah-langkah kawalan dalam perlaksanaan kajian ini. Sebanyak 10 ujian matematik
Tingkatan 1 yang mengandungi item aneka pilihan dan kredit separa telah dibina dan
ditadbir kepada 1292 orang murid tingkatan 1 daripada 10 buah sekolah menengah di
Pulau Pinang. Ujian-ujian ini digabungkan berpandukan reka bentuk item rujukan
kumpulan berbeza menggunakan pengukuran model Rasch. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa, bagi penggabungan berasingan (1) statistik robust z lebih sesuai
untuk menilai kestabilan item rujukan berbanding scatterplot dan prosedur 0.3 logits dan
(2) kaedah penyetaraan min lebih sesuai untuk meletakkan kesemua item di atas skala
yang sama berbanding kaedah mean/sigma. Perbandingan kaedah penggabungan pula
mendapati, (3) penggabungan serentak lebih sesuai digunakan untuk menggabungkan
ujian berbanding penggabungan berasingan. Sebanyak 423 item yang mempunyai bukti
psikometrik yang berkualiti telah diperihalkan melalui profil item. |
---|