Analisis Ciri-Ciri Terpilih Wacana Forensik Dalam Interaksi Siasatan Kes Jenayah

Kajian ini bertujuan untuk membincangkan keterangan undang-undang jenayah dari sudut pandangan linguistik, khususnya analisis wacana dengan menggunakan data forensik. Keterangan undang-undang yang dimaksudkan ialah wacana perbualan yang terhasil sewaktu sesi soal siasat polis dengan suspek jenaya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusoff, Md Zahril Nizam Md
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/51996/1/MD%20ZAHRIL%20NIZAM%20BIN%20MD%20YUSOFF.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membincangkan keterangan undang-undang jenayah dari sudut pandangan linguistik, khususnya analisis wacana dengan menggunakan data forensik. Keterangan undang-undang yang dimaksudkan ialah wacana perbualan yang terhasil sewaktu sesi soal siasat polis dengan suspek jenayah. Objektif kajian ini adalah untuk 1. menganalisis amalan wacana yang merangkumi proses penghasilan, 2. menghuraikan struktur wacana dari sudut kawalan interaksi, dan 3. menghubungkaitkan amalan wacana dan kawalan interaksi dengan praktis sosial. Lokasi kajian dijalankan di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Data perbualan diperoleh melalui rakaman audio semasa interaksi antara pegawai penyiasat jenayah (PPJ) dengan orang salah jenayah (SBJ), kemudian data ditranskripsikan dalam bentuk tulisan. Sebanyak 11 jenis data perbualan telah dipungut sepanjang tempoh kajian lapangan. Kajian ini menggunakan kerangka analisis wacana kritis Fairclough (1992a, 1992b, 1995, 2001 & 2003) yang melibatkan elemen tiga dimensi, yakni analisis teks, analisis amalan wacana dan analisis sosial untuk menganalisis data secara deskriptif. Data juga dianalisis bersama-sama dengan keterangan modus operandi (KMO). Analisis teks yang memfokuskan struktur wacana mendapati kawalan interaksi seperti celahan ambil gilir, dominasi topik dan kegagalan kawalan topik digunakan oleh SBJ untuk mengganggu perbualan yang berlangsung.