Pengaruh Faktor Tingkah Laku Terancang Dan Sokongan Sosial Terhadap Aktiviti Fizikal Dalam Kalangan Murid-Murid Sekolah

Murid-murid sekolah mengamalkan gaya hidup sedentari dan menghadapi penurunan ketara dalam aktiviti fizikal. Kurang penglibatan dalam aktiviti fizikal boleh mendapat penyakit tidak berjangkit kronik seperti diabetis, penyakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi, kemurungan, lebih berat badan dan O...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ang, Ha Loon
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/52082/1/ANG%20HA%20LOON%20-%20TESIS%20cut.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Murid-murid sekolah mengamalkan gaya hidup sedentari dan menghadapi penurunan ketara dalam aktiviti fizikal. Kurang penglibatan dalam aktiviti fizikal boleh mendapat penyakit tidak berjangkit kronik seperti diabetis, penyakit jantung, kanser, tekanan darah tinggi, kemurungan, lebih berat badan dan Obesiti. Trend sedemikan ini bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan murid-murid malahan turut menyumbangkan kos perubatan negara ini. Penekanan perlu diberikan kepada aspek Teori Tingkah Laku Terancang dan sokongan sosial supaya dapat memberi kesan positif kepada murid-murid sekolah. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh Teori Tingkah Laku Terancang dan sokongan sosial untuk menggalakkan penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan murid-murid sekolah. Kajian ini dijalankan terhadap 363 orang murid-murid sekolah di Pulau Pinang. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan adalah reka bentuk pelbagai kaedah, menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Tiga instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu instrumen Physical Activity Questinnaire for Adolescents (PAQ-A), Theory of Planned Behavior Questionnaire (TpB) dan Social Support and Exercise Survey. Penganalisisan data kajian adalah menggunakan analisis deskriptif berbantukan perisian SPSS dan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM, Smart PLS3.0).