Matlamat Akhir Pembangunan Berteraskan Islam:Kajian Berdasarkan Kitab Sahih Al-Bukhariy

Dalam melaksanakan Pembangunan Berteraskan Islam (PBI), sesetengah pihak mengatakan al-ghayat al-„ulya (matlamat akhir tertinggi) pembangunan adalah al-falah (kejayaan). Sebahagiannya yang lain pula berpendapat mardat Allah (mencapai reda Allah), al-fawz (kemenangan) dan al-sa„adat (kebahagiaan di d...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ithnan, Kamarulariffin
格式: Thesis
語言:English
出版: 2020
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/52174/1/KAMARULARIFFIN%20BIN%20ITHNAN%20-%20TESIS%20cut.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Dalam melaksanakan Pembangunan Berteraskan Islam (PBI), sesetengah pihak mengatakan al-ghayat al-„ulya (matlamat akhir tertinggi) pembangunan adalah al-falah (kejayaan). Sebahagiannya yang lain pula berpendapat mardat Allah (mencapai reda Allah), al-fawz (kemenangan) dan al-sa„adat (kebahagiaan di dunia dan akhirat) sebagai matlamat akhir pembangunan. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan matlamat akhir pembangunan itu? Apakah sebenarnya matlamat akhir pembangunan itu? Kajian ini cuba mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini dengan menumpukan kepada al-falah dan mardat Allah. Adakah matlamat PBI itu al-falah seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai matlamat akhir iaitu di dunia ia berupa kejayaan yang berbentuk kemewahan, kesenangan, kekayaan dan ketenangan, manakala di akhirat pula akan mendapat syurga Allah SWT? Atau adakah matlamat akhir pembangunan berteraskan Islam itu adalah mardat Allah? Untuk merungkai permasalahan ini, kajian ini dibuat dengan tumpuan khusus terhadap Hadith-hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhariy r.h. dalam kitab Hadithnya bernama Sahih al-Bukhariy. Bagi mencapainya, kajian berbentuk penerokaan dan deskriptif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dilakukan. Hadith-hadith matlamat akhir pembangunan yang dikenal pasti dipilih berdasarkan istilah atau makna istilah dalam Hadith yang boleh dikaitkan dengan al-ghayat al-„ulya (matlamat akhir).