Pembinaan Dan Kesan Modul Bena Katarsis (MBK) Terhadap Kebimbangan Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Kajian memberi fokus kepada pembinaan Modul Bena Katarsis (MBK) yang bertujuan membantu pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menguruskan kebimbangan akademik. Persaingan dalam pencapaian peperiksaan, ekspektasi yang tinggi oleh diri sendiri dan keluarga, kewujudan corak pemikiran yang tidak memba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hussain @ Mat Hassan, Zulkifli
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/52353/1/Pages%20from%20ZULKIFLI%20BIN%20HUSSAIN%20%40%20MAT%20HASSAN%20-%20TESIS.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian memberi fokus kepada pembinaan Modul Bena Katarsis (MBK) yang bertujuan membantu pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menguruskan kebimbangan akademik. Persaingan dalam pencapaian peperiksaan, ekspektasi yang tinggi oleh diri sendiri dan keluarga, kewujudan corak pemikiran yang tidak membantu serta beberapa faktor lain telah membina kebimbangan akademik dalam kalangan pelajar. Reka Bentuk Penyelidikan Pembangunan (DDR) digunakan dalam melaksanakan kajian. Fasa I memberi tumpuan usaha mengenal pasti keperluan pembinaan MBK. Fasa II pula berkaitan proses pembinaan MBK yang menggabungkan model Terapi Kognitif Tingkah Laku dan pemikiran al-Ghazali. Fasa III ialah penilaian kepenggunaan MBK menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick (1994). Hasil kajian Fasa I mendapati keperluan yang tinggi untuk membina modul kaunseling kepada pelajar yang mengalami kebimbangan akademik.