Pembinaan Dan Kesan Modul Bena Katarsis (MBK) Terhadap Kebimbangan Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Kajian memberi fokus kepada pembinaan Modul Bena Katarsis (MBK) yang bertujuan membantu pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menguruskan kebimbangan akademik. Persaingan dalam pencapaian peperiksaan, ekspektasi yang tinggi oleh diri sendiri dan keluarga, kewujudan corak pemikiran yang tidak memba...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hussain @ Mat Hassan, Zulkifli
格式: Thesis
語言:English
出版: 2020
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/52353/1/Pages%20from%20ZULKIFLI%20BIN%20HUSSAIN%20%40%20MAT%20HASSAN%20-%20TESIS.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian memberi fokus kepada pembinaan Modul Bena Katarsis (MBK) yang bertujuan membantu pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menguruskan kebimbangan akademik. Persaingan dalam pencapaian peperiksaan, ekspektasi yang tinggi oleh diri sendiri dan keluarga, kewujudan corak pemikiran yang tidak membantu serta beberapa faktor lain telah membina kebimbangan akademik dalam kalangan pelajar. Reka Bentuk Penyelidikan Pembangunan (DDR) digunakan dalam melaksanakan kajian. Fasa I memberi tumpuan usaha mengenal pasti keperluan pembinaan MBK. Fasa II pula berkaitan proses pembinaan MBK yang menggabungkan model Terapi Kognitif Tingkah Laku dan pemikiran al-Ghazali. Fasa III ialah penilaian kepenggunaan MBK menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick (1994). Hasil kajian Fasa I mendapati keperluan yang tinggi untuk membina modul kaunseling kepada pelajar yang mengalami kebimbangan akademik.