Perbandaran Lestari Islam: Kajian Di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (Mpkb-Bri), Kelantan

Perbandaran penting sebagai proses pembangunan kawasan bandar khususnya dari segi perkembangan ekonomi dan infrastruktur. Perbandaran menyebabkan berlaku tumpuan terhadap kawasan bandar yang seterusnya memberi implikasi positif dan negatif termasuk kesan ke atas ekonomi, sosial dan alam sekitar. Imp...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Aziz, Syaidatana Siti Aishah Ab
格式: Thesis
语言:English
出版: 2021
主题:
在线阅读:http://eprints.usm.my/52729/1/SYAIDATANA%20SITI%20AISHAH%20BINTI%20AB%20AZIZ.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Perbandaran penting sebagai proses pembangunan kawasan bandar khususnya dari segi perkembangan ekonomi dan infrastruktur. Perbandaran menyebabkan berlaku tumpuan terhadap kawasan bandar yang seterusnya memberi implikasi positif dan negatif termasuk kesan ke atas ekonomi, sosial dan alam sekitar. Implikasi positif membolehkan pelbagai kemudahan disediakan dan implikasi negatif menyebabkan berlaku pencemaran, pengangguran dan kemiskinan. Ekoran daripada kesan negatif yang berlaku, perbandaran yang lestari dicadangkan sebagai satu solusi bagi memastikan perbandaran dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan keperluan generasi kini dan akan datang. Namun, cadangan perbandaran lestari dikesan berhadapan dengan kelompongan pada nilai keagamaan dan spiritual. Justeru, perbandaran lestari Islam dilihat penting bagi memastikan pembangunan bandar yang menyeluruh serta seimbang antara pembangunan fizikal dan spiritual. Persoalannya, apakah perbandaran lestari Islam ini? Bagaimanakah perbandaran lestari Islam dapat dilaksanakan? Di Malaysia, satu-satunya majlis perbandaran yang mengiktiraf dirinya sebagai pentadbir bandar raya Islam ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Justeru, konsep perbandaran Islam itu sendiri melibatkan pelaksanaan pembangunan yang bercirikan sejahtera dan tidak merosakkan. Secara tidak langsung pembangunan Islam yang dilaksanakan merupakan pembangunan lestari yang bersifat berterusan.