Kefahaman Mengenai Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar IPTA

Kajian ini meneroka kefahaman pelajar terhadap nilai keharmonian etnik, jati diri dan kesukarelawanan yang membentuk kecenderungan patriotisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui medium pembelajaran Mata Pelajaran Umum Hubungan Etnik (MPUHE). Kajian ini turut bertuju...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Basir, Siti Norayu Mohd
Format: Thesis
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/52734/1/SITI%20NORAYU%20BINTI%20MOHD%20BASIR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meneroka kefahaman pelajar terhadap nilai keharmonian etnik, jati diri dan kesukarelawanan yang membentuk kecenderungan patriotisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui medium pembelajaran Mata Pelajaran Umum Hubungan Etnik (MPUHE). Kajian ini turut bertujuan mengenal pasti perbezaan dan hubungan skor kecenderungan jenis patriotisme pelajar sebelum dan selepas mengikuti MPUHE dan menganalisa adakah terdapat hubungan antara nilai keharmonian etnik, jati diri dan semangat kesukarelawanan dengan kecenderungan jenis patriotisme pelajar iaitu patriotisme buta dan patriotisme konstruktif. Lokasi kajian adalah di tiga buah universiti awam yang dipilih secara rawak dalam kelompok universiti berfokus, universiti penyelidikan dan universiti komprehensif. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar universiti yang sedang mengikuti MPUHE dan sampel adalah seramai 351 (N=351) bagi tinjauan dan 12 (N=12) sebagai informan temubual. Pendekatan kajian yang dijalankan adalah melalui pendekatan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjuan menerusi instrumen soal selidik dan melibatkan seramai 351 sampel (N=351) dan pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual bersemuka dengan menggunakan protokol temubual separa struktur dan melibatkan seramai 12 informan (N=12). Informan yang terlibat terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dengan MPUHE iaitu dalam kalangan pakar bidang, tenaga pengajar dan juga pelajar. Sesi temubual melibatkan pengumpulan maklumat mengenai implikasi pengajaran MPUHE terhadap peningkatan pemahaman pelajar tentang patriotisme secara umum dan nilai patriotisme yang dikaji iaitu keharmonian etnik, jati diri dan semangat kesukarelawanan.