Faktor-Faktor Kejayaan Usahawan Khadijah Binti Khuwaylid R.Ah: Analisis Terhadap Kejayaan Usahawan Wanita Muslim Produk Kesihatan Di Malaysia

Di Malaysia, masyarakat semakin sedar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Kesannya, ramai yang mengambil produk kesihatan sebagai cara untuk menjaga kesihatan. Sokongan terhadap produk kesihatan ini sekali gus memberi kesan terhadap pengasas produk kesihatan sehingga menjadikan mereka sebag...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Yasin, Yusma Fariza
格式: Thesis
語言:English
出版: 2021
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/53110/1/YUSMA%20FARIZA%20BINTI%20YASIN%20-%20TESIS.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Di Malaysia, masyarakat semakin sedar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Kesannya, ramai yang mengambil produk kesihatan sebagai cara untuk menjaga kesihatan. Sokongan terhadap produk kesihatan ini sekali gus memberi kesan terhadap pengasas produk kesihatan sehingga menjadikan mereka sebagai usahawan wanita Muslim yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Kejayaan mereka terbukti apabila mereka berjaya meraih keuntungan yang lumayan pada setiap bulan dan berjaya bertapak dalam bidang keusahawanan dalam tempoh melebihi lima tahun. Justeru, apakah faktor yang menjadikan usahawan wanita Muslim produk kesihatan di Malaysia berjaya dalam bidang keusahawanan? Adakah usahawan wanita Muslim hanya fokus kepada keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kandungan sebenar dalam produk kesihatan yang dijual? Adakah kejayaan yang dikecapi oleh usahawan wanita Muslim dalam produk kesihatan turut merangkumi kejayaan dunia dan akhirat? Sebenarnya, penglibatan wanita dalam aktiviti keusahawanan bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi apabila isteri Baginda, Khadijah binti Khuwaylid r.ah melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Khadijah binti Khuwaylid r.ah merupakan satu-satunya wanita Mekah yang menceburi bidang keusahawanan dan beroleh kejayaan pada ketika itu. Persoalannya, apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan Khadijah binti Khuwaylid r.ah?