Modul Pembelajaran Integrasi Stem Forensik Dalam Meningkatkan Pemikiran Kritis Dan Kreativiti Saintifik Murid Sekolah Menengah Merentas Jantina

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai satu modul yang dikenali sebagai Modul Pembelajaran Integrasi STEM berkontekskan Sains Forensik (PISTEM Forensik) serta mengkaji keberkesanan penggunaan modul ini terhadap pemikiran kritis dan kreativiti saintifik murid tingkatan empat. Kajian i...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Aris, Noor Fadzilah
格式: Thesis
語言:English
出版: 2020
主題:
在線閱讀:http://eprints.usm.my/53163/1/full%20thesis%20by%20NOOR%20FADZILAH_PRINT%20ON%202%20MAC%202020.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai satu modul yang dikenali sebagai Modul Pembelajaran Integrasi STEM berkontekskan Sains Forensik (PISTEM Forensik) serta mengkaji keberkesanan penggunaan modul ini terhadap pemikiran kritis dan kreativiti saintifik murid tingkatan empat. Kajian ini turut mengkaji sama ada penggunaan PISTEM Forensik memberi kesan yang berbeza terhadap tahap pemikiran kritis, tahap kreativiti saintifik dan pengekalan keduaduanya berdasarkan jantina murid. Kajian ini juga cuba menentukan mungkinkah kesan PISTEM Forensik ke atas tahap pemikiran kritis dan kreativiti saintifik adalah lebih tinggi pada murid lelaki atau murid perempuan atau mungkin kesannya sama untuk kedua-dua kumpulan. Kajian pembangunan modul ini mengaplikasikan reka bentuk sistem instruksi menggunakan Model ASSURE sebagai landasan utama. Ia terdiri daripada tiga peringkat berdasarkan langkah-langkah dalam Model ASSURE iaitu peringkat pembangunan PISTEM Forensik, peringkat pelaksanaan PISTEM Forensik dan peringkat penilaian pakar PISTEM Forensik. Reka bentuk eksperimen kuasi satu kumpulan telah dijalankan dalam program selepas waktu sekolah di dua buah sekolah menengah berbeza mengikut jantina yang dipilih dalam satu daerah yang sama. Peserta terdiri daripada 31 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan. Kajian ini dijalankan di luar waktu sekolah; justeru itu ia tidak memerlukan kumpulan kawalan.