Unsur peradaban Melayu-Islam dalam amalanperubatanspdutual masyarakat melayu Kelantan, malaysia: satu tinjauan kritis

Penyebaran syiar Islam ke Nusantara pada abad ke 15 telah mewujudkan suatu fenomena bam dalam sistem peradaban masyarakat Melayu di gugusan Kepulauan Melayu, pemerkasaan peradaban Melayu-lslam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan, perubahan minda masyarakat Melayu Islam dapat dinilai dari segi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bakar, Mujahid
Format: Thesis
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/53611/1/DR%20MUJAHID%20BAKAR-Eprints.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyebaran syiar Islam ke Nusantara pada abad ke 15 telah mewujudkan suatu fenomena bam dalam sistem peradaban masyarakat Melayu di gugusan Kepulauan Melayu, pemerkasaan peradaban Melayu-lslam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan, perubahan minda masyarakat Melayu Islam dapat dinilai dari segi sistem nilai, sistem kepercayaan, adat istiadat dan kesenian masyarakat Melayu di rantau ini. Justeru, sistem perubatan tradisional Melayu turut mengalami beberapa perubahan dari segi amalan, adat, budaya dan kepercayaan masyarakat yang berkaitan perubatan. Falsafah dan amalan perubatan tradisional Melayu sangat berkait rapat antara hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan dengan masyarakat serta dengan alam sekeliling. Bentuk hubungan ini melahirkan pelbagai bentuk kepercayaan seperti spiritual, magis, sistem pantang larang masyarakat Melayu dan juga sistem yang ditunjangi oleh unsur-unsur keagamaan. Kajian Gimlette (1913), Winstedt (1951), Endicott (1971), Syed Husin AI-Attas (1970 ), Mohd Taib Osman (1977 & 1988) dan Winzeler (1983) antara lain menyentuh tentang sistem kepercayaan masyarakat Melayu dalam aspek perubatan tradisional