Kesan Kaunseling Brief Individu Ke Atas Penghargaan Kendiri Dan Kadar Ponteng Pelajar Ponteng Sekolah

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan kaedah kaunseling brief (fokus penyelesaian strategi) dalam kalangan pelajar ponteng sekolah (subjek kajian) terhadap kadar ponteng dan penghargaan kendiri. Kajian ini turut meneroka pandangan guru kaunseling dan subjek tentang perkhidmatan kau...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aman, Rahimi Che
Format: Thesis
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/55453/1/00001651673.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan kaedah kaunseling brief (fokus penyelesaian strategi) dalam kalangan pelajar ponteng sekolah (subjek kajian) terhadap kadar ponteng dan penghargaan kendiri. Kajian ini turut meneroka pandangan guru kaunseling dan subjek tentang perkhidmatan kaunseling, kegiatan ponteng sekolah, penghargaan kendiri dan proses kaunseling. Kajian ini melibatkan pendekatan kajian secara kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam membandingkan kumpulan kaunseling brief (KKB) dengan kumpulan kaunseling yang menggunakan pendekatan sedia ada (KKPS) dan kumpulan kawalan (KK). Data kuantitatif terdiri daripada kadar ponteng dan penghargaan kendiri (lnventori Penghargaan Kendiri Coopersmith, 1984). Data ini dianalisis menggunakan ANOVA dua-hala ukuran berulang dan korelasi Pearson. Data kualitatif diperoleh secara temu bual separa berstruktur dan melalui proses analisis kandungan. Teknik persampelan pelbagai peringkat digunakan untuk mengenal pasti 90 pelajar (13 hingga 15 tahun) sebagai subjek dalam kajian ini. Mereka dipilih daripada Iapan buah sekolah di Pulau Pinang. Teknik persampelan bertujuan digunakan dalam mengenal pasti 24 subjek daripada ketiga-tiga kumpulan bagi memperoleh data kualitatif. Lapan orang guru kaunseling turut terlibat dalam pemerolehan data kualitatif.