Pembangunan Sistem Pemindahan Gen Untuk Paenibacillus Durus ATCC 35681

Paenibacillus durus ATCC 35681 yang merupakan diazotrof dari kumpulan bakteria Gram positif mempunyai sistem pengikatan nitrogen yang menarik dengan kehadiran beberapa promoter untuk sesetengah gen nifnya. Sistem pemindahan gen yang efektif dan vektor yang sesuai telah berjaya dibangunkan untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahim, Ainihayati Abdul
Format: Thesis
Language:English
Published: 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/55467/1/00001675988.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Paenibacillus durus ATCC 35681 yang merupakan diazotrof dari kumpulan bakteria Gram positif mempunyai sistem pengikatan nitrogen yang menarik dengan kehadiran beberapa promoter untuk sesetengah gen nifnya. Sistem pemindahan gen yang efektif dan vektor yang sesuai telah berjaya dibangunkan untuk menjalankan kajian genetik bagi bakteria ini. Tiga pendekatan berbeza telah dicuba dalam usaha untuk memindahkan DNA plasmid ke dalam P. durus iaitu elektroporasi, transformasi protoplas dan konjugasi melalui pengawanan dua induk. Vektor untuk pemindahan DNA iaitu pAR400 telah berjaya dibina dengan mencantumkan dua plasmid iaitu plasmid pC194 dan pBBRIMCS-4. DNA plasmid telah berjaya dipindahkan ke dalam P. durus menggunakan kaedah konjugasi melalui pengawanan dua induk. Elektroporasi dan transformasi protoplas pula tidak berjaya untuk menghasilkan sebarang transforman. Satu sistem vektor pelapor juga telah dibangunkan dengan menggunakan protein berpendafluor hijau. Fragmen yang mewakili promoter putatif bagi gen nifB1, nifB2 dan nifH1 telah diklon ke dalam vektor ini dan dipindahkan ke dalam P. durus untuk memantau keberfungsian promoter tersebut. Kehadiran koloni E. coli berpendaflluor membuktikan vektor pelapor ini dapat berfungsi di dalam bakteria tersebut. Walau bagaimanapun, tiada koloni berpendafJuor diperolehi apabila vektor ini dipindahkan ke dalam P. durus.