Akulturasi Dan Neo Budaya Dalam Drama Pascakolonial Malaysia: Evolusi Identiti Kebangsaan

Penyelidikan ini memfokuskan pada evolusi identiti kebangsaan dalam drama pascakolonial Malaysia yang dibentuk dari proses seminal akulturasi dan neo budaya. Penyelidikan ini dijalankan secara kualitatif dengan menumpukan analisis deskriptif secara kompilasi dari bentuk analisis objektif dan subjek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hussain Chin, Lena Farida
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/55610/1/full%20Thesis%20by%20LENA%20FARIDA%20HUSSAIN%20CHIN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini memfokuskan pada evolusi identiti kebangsaan dalam drama pascakolonial Malaysia yang dibentuk dari proses seminal akulturasi dan neo budaya. Penyelidikan ini dijalankan secara kualitatif dengan menumpukan analisis deskriptif secara kompilasi dari bentuk analisis objektif dan subjektif. Sampel penyelidikan ini difokuskan kepada enam buah drama moden Malaysia berdasarkan fasa masa pascakolonial Madsen dan ciri analisis karya pascakolonial Gilbert dan Tompkins. Bagi menjelaskan evolusi pembentukan identiti kebangsaan drama pascakolonial Malaysia, sampel kajian difokuskan pada karya yang dihasilkan oleh tiga kaum utama di Malaysia yang terdiri dari penulis India, Cina dan Melayu yang diwakili oleh Lee Joo For (The Happening in The Bungalow), Kee Thuan Chye (We Could **** You Mr. Birch), K.S Maniam (The Cord), Ghulam Sarwar Yousof (Jalan Sekerat Pulau Pinang), Shaharom Husain (Si Bongkok Tanjung Puteri) dan Noordin Hassan (Anak Tanjung). Penyelidikan ini menggunakan prinsip-prinsip idealisme pascakolonial yang dijalinkan dengan prinsip kaitan dari teori strukturalisme. Objektif penyelidikan ini ialah untuk menjelaskan sintesis evolusi identiti kebangsaan dengan cara mengidentifikasikan elemen dan justifikasi bentuk drama pascakolonial Malaysia. Penyelidikan ini juga akan menilai aspek basis dan superstruktur yang terhasil dari pengaruh kolonialisme sehingga terbentuknya akulturasi dan neo budaya dalam dimensi sosial, ekonomi, politik dan budaya masyarakat pascakolonial Malaysia.