Fasilitator Perubahan Pengetua, Komuniti Pembelajaran Profesional Dan Komitmen Pengajaran Guru Di Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh komuniti pembelajaran profesional sebagai moderator terhadap hubungan antara gaya fasilitator perubahan pengetua dengan komitmen pengajaran guru di Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan penerangan berurutan KUAN-Kual. Data bagi kajian kuantit...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Udin, Samsiah
格式: Thesis
语言:English
出版: 2019
主题:
在线阅读:http://eprints.usm.my/55913/1/full%20thesis%20by%20SAMSIAH%20cut.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh komuniti pembelajaran profesional sebagai moderator terhadap hubungan antara gaya fasilitator perubahan pengetua dengan komitmen pengajaran guru di Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan penerangan berurutan KUAN-Kual. Data bagi kajian kuantitatif dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik Change Facilitator Style Questionnaire (CFSQ), Professional Learning Communities Assessment-Revised (PLCA-R) dan komitmen pengajaran guru. Seramai 644 orang guru telah dipilih secara rawak daripada 67 buah sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri Sarawak sebagai sampel kajian kuantitatif. Data kuantitatif telah dianalisis pada peringkat organisasi. Sementara itu, pengumpulan data kualitatif dilakukan melalui kaedah temu bual separa berstruktur terhadap tiga orang pengetua yang mengamalkan gaya fasilitator perubahan initiator, manager dan responder serta dua belas orang guru. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua di negeri Sarawak mengamalkan tiga jenis gaya fasilitator perubahan iaitu Initiator (2 orang), Manager (48 orang) dan Responder (17 orang). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dan tahap komitmen pengajaran guru di Sarawak adalah tinggi. Di samping itu, hasil pengujian hipotesis menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan gaya fasilitator perubahan terhadap amalan komuniti pembelajaran profesional dan tahap komitmen pengajaran guru. Selain itu, komuniti pembelajaran profesional juga menunjukkan pengaruh yang signifikan terhadap tahap komitmen pengajaran guru.