Aplikasi Pengoptimuman Berbilang Kriteria Pada Rekabentuk Femur Palsu (Artificial Hip Prosthesis) Untuk Mengurangkan Hadangan Tegasan (Stress Shielding)

Hadangan tegasan (stress shielding) merupakan satu masalah yang timbul berikutan ketidaksempurnaan rekabentuk impian (Artificial Hip Prosthesis) yang dipasang pada tulang femur. Masalah ini menjadi sebab utama kepada pemodelan semula tulang (bone remodeling) dan seterusnya mewujudkan keliangan (p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Mohd. Nizam
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.usm.my/56222/1/00001625279%20m.z.a.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hadangan tegasan (stress shielding) merupakan satu masalah yang timbul berikutan ketidaksempurnaan rekabentuk impian (Artificial Hip Prosthesis) yang dipasang pada tulang femur. Masalah ini menjadi sebab utama kepada pemodelan semula tulang (bone remodeling) dan seterusnya mewujudkan keliangan (porous) pada tulang femur serta melemahkannya. Sehingga kini, hadangan tegasan tidak dapat dihilangkan terus, tetapi sekadar dapat dikurangkan sahaja. Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk mengurangkan hadangan ke tahap paling minimum. Hasrat utama penyelidikan di dalam bidang ini ialah untuk menghilangkan terus masalah hadangan tegasan pada impian. Di dalam penyelidikan ini, kaedah Pengoptimuman Berbilang Kriteria digunakan untuk mengoptimumkan saiz impian bagi mengurangkan hadangan tegasan. Satu pengaturcaraan komputer telah ditulis menggunakan perisian FORTRAN untuk proses pengoptimuman. Kejayaan proses pengoptimuman akan mengesahkan bahawa kaedah pengoptimuman yang dijalankan mampu mendapatkan saiz impian yang optimum. Hasil pengoptimuman ialah saiz rekabentuk impian yang optimum. Analisis tegasan menggunakan kaedah Analisis Unsur Terhingga (FEA) telah dijalankan ke atas rekabentuk impian optimum dan rekabentuk impian konvensional bagi mengetahui nilai dan lokasi tegasan terhadang. Pemodelan dan FEA tulang femur dan Impian dibuat berbantukan perisian I-DEAS. Perbandingan antara kedua-dua Impian (konvensional dan optimum) dibuat selepas selesai analisis dilaksanakan melibatkan tegasan terhadang dan kesan-kesannya. Berdasarkan keputusan analisis, proses pengoptimuman telah berjaya mengurangkan h adangan tegasan d alam lingkungan 40% menerusi r ekabentuk saiz impian yang optimum. Kejayaan ini didorong oleh pemindahan beban yang baik pada permukaan antara-muka (interface) tulang femur dan impian optimum.